!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 17 June 2013

Kerja Adalah Ibadah




Asslammualaikum wbt...



Mesti hari ni ramai yang tengah Monday Blues, yelah dua hari berehat pada hujung minggu perasaan malas tu mesti akan timbul kan kan kan...termasuklah aku. Jangalah pulak jadi macam kartun Garfield tu yang tak suka hari Isnin..Aku tertarik dengan salah sattu petikan kata-kata Ustaz Don ni. Sekadar peringatan kepada aku sendiri dan untuk dikongsi kita bersama-sama. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran :


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam" (Surah Al-An'aam Ayat 162)



Petikan kata-kata Ustaz Don, "Kalau kita gaji RM1500 tapi kerja mcm orang gaji RM5000, yg lebih tu nanti Allah balas dalam bentuk anak yg soleh, kesihatan dan lain-lain, tapi kalau gaji RM5000, tapi kerja mcm orang gaji RM1500, nanti rezeki kita Allah tarik dalam bentuk kene rompak, kereta rosak, anak degil dan lain-lain." Sama-sama kita renungan keberkatan dalam kerja kita. 

1 comment:

  1. setuju sangat dengan entri ni.. yang penting kerja ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah swt.. insya-Allah dipermudahkan oleh Allah swt..

    ReplyDelete