!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday, 18 June 2013

NOTA TIDUR - DI MANA LETAKNYA BANTAL MASA TIDUR


Assalammualaikum

Hari tu aku ada cerita pasal manfaat tidur kan. Hari ni aku nak share pasal tidur ngan bantal. Agak-agak korang kategori yang mana satu ek :


1) Memeluk Bantal
Mereka yang tidur sambil peluk bantal dikatakan seorang yang berjiwa seni. Penghargaan yang tinggu terhadap lukisan seni dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Kadangkala ada di antara mereka boleh membaca peristiwa yang berlaku melalui mimpi. Mereka juga prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Dikatakan seorang yang kurang berkeyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka perlukan banyak pendamping. Mereka juga jarang membuat keputusan sendiri sebaliknya memerlukan pendapat orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima sesuatu itu dengan seadanya. Mereka juga boleh membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka dikatakan mempunyai sikap yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung mempunyai sifat egois. Mereka juga gemar menggunakan jalan pintas untuk mencapai cita-cita dan tidak suka berusaha gigih.

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka mempunyai sikap percaya diri sendiri yang amat tinggi. Kadangkala sikap percaya diri ini akan membawa kepada sikap egois.

6) Tanpa Bantal Dan Tak Punya Bantal Langsung
Mereka ni..... Gi ler beli bantal satu weiiii!!! Aparaaa

2 comments:

  1. perlakuan salu nok no.1, 2 & 4....huhu..rasanya cam tak percaya jak eh...hihihi..:)
    yang no.1 jak cik akak sokong..hahaha

    ReplyDelete
  2. aiza no.5.. pening kepala kalau tidur pakai bantal.. no.1 juga..

    ReplyDelete