!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 14 June 2013

NOVEL REVIEW : PABILA CINTA MEMANGGILKU




"CINTA ITU MENYAKITKAN APABILA MENCINTAI SESEORANG TIDAK MENCINTAIMU, CINTA ITU LEBIH MENYAKITKAN APABILA MENCINTAI SESEORANG TETAPI TIDAK BERANI MENYATAKAN CINTA ITU!"


Sumber : Novel Pabila Cinta Memanggilku

Assalammualaikum...

Akhirnya berjaya jugak aku menghabiskan novel. Last year beli ni baru ada kesempatan baca huhuhu. Boleh tahan best baca novel ni siap aku leh gelak-gelak sorang kalau ada part lucu.

Sinopsis :

Yang Ayesha seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai bunga yang secara kebetulan berkenalan dengan sorang pemuda bernama Adam Harith. Pada mulanya Ayesha hanya menganggap Adam Harith sebagai kawan, namun Adam Harith inginkan hubungan mereka lebih serius dalam erti kata menjadi pasangan bercinta. Konflik berlaku apabila Yang Ayesha mendapat pekerjaan sebagai Interior Designer di sebuah hotel dan di sinilah dia mengenali Amirul Irfan, abang Adam Harith. Pertemuan ini telah mewujudkan cinta 3 segi antara dua beradik dan Yang Ayesha. Siapakah menjadi pilihan Yang Ayesha? Adam Harith, seorang lelaki bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Atau Amirul Irfan, seorang lelaki yang tegas dan goal oriented.

Review Aku :  
Novel ni memang seronok dibaca dari satu bab ke satu bab. Bahasa yang digunakan mudah "dihadam" oleh akal fikiran aku. Apa yang menariknya cerita dalam novel ni lari sikit konsepnya, istilah kena paksa bercinta atau kahwin paksa seperti novel-novel yang aku baca sebelum ni. Permulaan cerita akan dimulakan dengan Prolog yang mana Yang Ayesha akan dipinang oleh anak Datuk Zakuan sama ada Adam Harith atau Amirul Irfan. Di sini kita dah tahu apa yang berlaku dan wujudnya cinta 3 segi antara adik beradik dan gadis yang mereka sukai. 

Ha.. kat situ dah timbul unsur surprise atau suspens dalam novel ni. Aku sendiri pun tak sabar nak tahu siapa pilihan Yang Ayesha. Tapi sabar..sabar...korang kena baca keseluruhan cerita ni baru korang tahu siapa Adam dalam keluarga Datuk Zakuan. Amirul Irfan pula seorang lelaki yang tidak mudah mengaku kalah dan tetap ingin memiliki Yang Ayesha sebagai isterinya. Banyaklah taktik yang digunakan oleh Amirul Irfan ini semata-mata cintanya kepada Yang Ayesha. Apa-apa pun novel setebal 422 m/s ni memang best jalan ceritanya.... Baca lah yer aku recommend. Tahniah buat penulis Syamnuriezmil, suka cara penulisan dia...



6 comments:

  1. minat membaca jugak ke? geng la kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep memang minat membaca..tapi kekangan masa jadi hanya curi2 masa baca novel

      Delete
    2. susah nak jumpa lelaki minat membaca... tp kagum klu jumpa minat yg sama...

      Delete