Assalammualaikum wbt..
Hujung minggu aku habiskan masa dengan menonton DVD, selepas menonton filem 99 Kali Rindu aku ambik kesempatan menonton satu lagi filem genre ketuhanan dan Islamik, buah tangan Metrowealth untuk hidangan kepada penonton yang tercari-cari filem yang menyelitkan unsur-unsur agama. Membariskan bintang-bintang handalan Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsuddin, Kartina Aziz dan Wan Hanafi Su di bawah arahan Eyra Rahman.
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan Aiman yang kembali ke kampung bersama Selena iaitu kekasihnya yang dikenali semasa belajar di luar negara. Kemalangan yang menimpa Aiman dan Selena telah menyebabkan mereka berdua terkandas di Kampung Cahaya.
Di kampung inilah Aiman dan Selena menemui 2 kisah balasan di dunia kepada orang yang mengamal ilmu hitam dan derhaka kepada ibunya. Sekembalinya Aiman dan Selena ke kampung Aiman, Sekali lagi mereka berdua diberi petunjuk dengan menyaksikan satu lagi kematian yang mendapat balasan Allah kerana bergelumang dengan dosa menjadi seorang pelacur. Selena sering diganggu mimpi dan bayangan yang menyuruh Aiman insaf kerana menganggap itu adalah petanda Allah menyuruh dia bertaubat
Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi kerana ilmu agamanya dapat membimbingnya ke jalan Allah. Namun Aiman semakin jauh tersasar apabila bertemu semula dengan bekas kekasihnya Humaira dan cuba mencabul kehormatan Humaira. Akhirnya terungkai semua rahsia penipuan Aiman yang menipu ayahnya yang kononya dia belajar di Arab dan Selena bukanlah isterinya yang sebenar. Tersingkap juga kisah gelap Aiman yang juga jauh menyimpang dari agama semasa berada di luar negara. Apakah nasib Aiman dan bagaimanakah cintanya kepada dua orang wanita yang hadir dalam hidupnya?
Review aku :
Berbeza dengan 99 Kali Rindu yang baru aku tonton, filem ini tidak banyak bermain dengan bahasa cinta yang puitis. Sebelum menyaksikan filem ini aku expect ada cinta segi antara Shaheizy Sam, Selena dan Humaira. Namun ternyata sangkaan aku meleset sebab banyak unsur-unsur dakwah yang digarap dengan penceritaan balasan kepada orang yang tersasar dari jalan Allah. Ia seolah-olah membuat kita menonton drama Tanah Kubur di Astro Oasis.
Lakonan Shaheizy Sam dan Nora Danish bagi aku memang tak perlu dipertikaikan lagi gandingan mereka berdua begitu serasi suka melihat Nora Danish bertudung dalam filem ini. Gabungan bintang-bintang ternama seperti Kartina Aziz dan Wan Hanafi Su dilihat turut membantu menjalinkan cerita permulaan watak utama.
Dari segi persembahan filem, jalan cerita mungkin agak perlahan dan meleret sikit dan rasa tidak sabar untuk mengetahui babak seterusnya. Sebagai pengarah Eyra Rahman begitu teliti dan jelas dengan pengurusan jenazah di awal permulaan cerita sehingga kita sendiri gerun dengan teknik make up yang memang real dan aku sendiri pun rasa nak menutup mata menontonnya.
Cuma agak terkilan sikit dengan shot-shot yang membuat aku hampa di mana Pian menangis di kubur ibunya semasa cuaca panas terik tiba-tiba pulak hujan lebat. Pemandu teksi yang terpelanting keluar dari teksi nampak macam tak logik. Tapi itu semua boleh dimaafkan dengan kekuatan jalan cerita Dua Kalimah itu sendiri. Apa yang menjadi misteri siapakah Pak Daud dan wujudkah Kampung Cahaya? Menjadi misteri bagi aku hingga penghujung cerita. Yelah dalam filem ni kita akan melihat selepas Pak Daud menghantar Aiman ke kampungnya, tiba-tiba Pak Daud hilang dan Aiman cuba bertanya kepada adiknya tentang Kampung Cahaya yang tiada jawapan.
Rasanya aku menemui di mana kepentingan dua kalimah ialah dengan memaparkan scene pengurusan jenazah. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah setiap dosa yang kita lakukan di dunia Allah akan bayar tunai di dunia sebelum kita sempat memohon ampun kepada-Nya. Jadi kat sini tiada paparan cinta segi antara Shaheizy, Nora dan Yana. Ia penuh dengan mesej yang mendalam dan masih boleh difahami. Secara keseluruhannya filem ini membawa nilai-nilai kesedaran Islam dan menginsafkan kita.
Diharap filem bertema ketuhanan dan genre Islam ini dapat diteruskan sebagai satu wadah dakwah kepada penggemar filem. Rating aku 4/5 bintang.
No comments:
Post a Comment