!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 1 June 2013

DUYUNG WUJUD ATAU TIDAK???? FAKTA ATAU FIKSYEN....

Asslammualaikum wbt.

Tengah layan youtube tetiba nampak satu dokumentari yang menarik perhatian aku ni. Animal Planet, Mermaids: The Body Found. Dokumentari yang berdurasi 1jam lebih merungkai misteri ikan duyung. Untuk video penuh korang boleh belek kat youtube dan taip ANIMAL PLANET: Mermaids - The Body Found....

ANIMAL PLANET: MERMAIDS-The Body Found



Sejak kecil lagi aku sering membaca pasal ikan duyung ni. Kisah duyung ni diceritakan dalam kisah dongeng barat di mana seorang ker atau seekor? puteri duyung ni jatuh cinta dengan dengan seorang putera raja dari kalangan manusia. Itu kisah dongeng, macam mana pulak filem-filem yang kita pernah tonton seperti Duyung terbitan KRU Films dan Air Mata Duyung yang juga pernah dilakonkan oleh Nordin Ahmad.

Makhluk bernama duyung ni masih misteri. Cuma kita sering dibayangkan bahawa duyung ni adalah makhluk yang cantik separuh manusia separuh ikan. Mitos ini bukan sahaja wujud dikalangan kita namun ia telah lama wujud sejak dahulu. Pernah diceritakan dalam mitos orang2 Greek, duyung yang jelita ini akan menggoda para pelaut sehingga mereka lalai dalam pelayaran hingga menyebabkan pelaut ini menemui ajal. Orang Babylon pula menganggap duyung ini adalah tuhan atau dewa laut iaitu Oannes atau Ea.



Seluruh pelusuk dunia mempunyai ceritanya tersendiri pasal ikan duyung. Jika kita menganggap ikan duyung ni mempunyai paras yang jelita, berbeza pula dengan Jepun yang memberi nama ikan duyung ini Ningyou digambarkan sebagai makhluk yang hodoh.

Henry Hudson yang sedang dalam pelayaran menuju ke Hindia Timur pada Jun 1608 dikatakan pernah melihat duyung. Namun kenyataan ini sukar diterima akal kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong kewujudan  ikan duyung ni. Apa-apa pun ia kekal misteri dan hanya menjadi cerita mitos untuk khayalan.




Wujud atau  tidak ikan duyung ni Wallahuallam.....

2 comments:

  1. ikan duyung nie.....mungkin wujud mungkin tidak....

    Tiada mustahil kalau dengan Izin Allah tentanmg kewujudannya....

    biarlah jadiu dongengan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih menjadi misteri sampai hari ni...

      Delete