!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday, 15 June 2013

TIDUR DAN MANFAATNYA



Assalammualaikum

Siapa sini tak suka tidur? Semua orang perlukan tidur, even aku pun kalau kadang-kadang kena siapkan kerja hingga lewat malam aku akan pastikan aku akan menggantikan tidur itu...Kira bayar hutang tidurlah tu.. Tapi ada rahsia disebalik tidur dan manfaatnya kepada kesihatan kita. Ada beberapa artikel yang aku baca menyatakan kalau kita kurang tidur akan menyebabkan kerosakkan pada hati dan boleh menyumbang kepada penyebab kanser hati...(kuss semangat mintak jauh). Sebenarnya sewaktu tidur tubuh badan kita masih menjalankan tugas seperti biasa terutamanya membersihkan pelbagai racun yang penyebab penyakit kepada tubuh badan...Korang pikirlah apa yang korang makan satu hari ni, masa nilah organ badan kita akan "overtime" membersihkan tubuh badan kita atau lebih dikenali sebagai detoksifikasi....


9.00 pm - 11.00 pm
Pada waktu ini detoksifikasi sudah bermula dengan pembuangan racun zat-zat beracun dalam sistem antibodi badan. Masa ni paling bagus kita hanya rehat dalam suasana yang tenang seperti mendengar muzik.



11.00 pm - 1.00 am
Masa ni proses detoksifikasi hati bermula. Dalam tempoh ini kita sudah dalam keadaan tidur yang lena. Kalau yang suka melepak jauh-jauh malam tu cuba ubah gaya kehidupan korang. Apa sebab? Proses tersebut tidak akan terjadi dan racun akan tetap berada di dalam hati.

1.00 am - 3.00 am
Proses detokstifikasi berlaku di bahagian hempedu.

3.00 am - 5.00 am 
Proses pembuangan racun akan terjadi dibahagian paru-paru. Oleh kerana itu biasanya kita akan batuk pada tempoh ini

5.00 am - 7.00 am
Proses pembuangan air besar akan berlaku. Pada masa ini terjadi pembuangan racun di usus besar yang akan menyebabkan kita terasa untuk membuang air besar. Jadi sekiranya korang melalui proses ni antara tempoh ini maksudnya  korang sedang melakukan proses detokstifikasi.

7.00 am - 9.00 am
Setelah semalaman tidak makan, tempoh ini adalah merupakan tempoh penyerapan gizi makanan bagi usus kecil. Ini adalah waktu terbaik untuk bersarapan pagi.

Tubuh badan kita sangat kompleks, jangan sangka organ badan kita hanya berfungsi pada siang hari, malahan semasa kita tidur, ia masih lagi melakukan tugas untuk membuang racun dalam organ badan.

Sebab itu kita digalakkan tidur dalam tempoh jam di atas kalau tidak ia akan mengganggu segala proses pembuangan racun dalam tubuh badan. Selain itu bangun lewat juga tak bagus untuk kesihatan, sedangkan kita dalam Islam pun diperintahkan untuk menunaikan solat Subuh.

Sekadar berkongsi info untuk kebaikan kita bersama...




4 comments:

  1. saya pernah baca juga benda nie.. ^^ waktu tidur jangan dipandang remeh..

    ReplyDelete
  2. Nice entry. Keep it up!
    By the way, nis balas singgah and nis follow sini. :)
    #49

    ReplyDelete
  3. wah.. bagus info ni.. selalu tak boleh tidur awal..

    ReplyDelete