Assalammualaikum...
Sekali lagi aku menjejak kaki ke KL..Sampai jer hotel check-in keluarkan barang dari beg, terus menuju ke Mid Valley.. Aku rindu dan setiap kali ke KL aku mesti cari, biar di mana berada aku akan kejar...cewahhh tu lah yang tajuk entri dah macam tajuk drama slot Akasia tu. Turun ke Mid Valley sampai kat Metrojaya dah rasa macam suasana raya dah huhuhu..sebab baju-baju melayu raya dah sedia untuk dijual...Kat sini aku pejam mata..Tak mau aku tengok, sebab aku dah awal-awal beli baju Melayu hari tu masa turun kat JB..Beli banyak-banyak pun yang tahun-tahun lepas masih boleh pakai...budget punya pasal...
Kalau korang nak tau apa yang aku rindukan kat Mid Valley ni ialah Nasi Bojari Mdm Kwan...Nasi Bojari ni adalah nasi yang paling famous kat Mdm Kwan...Harga memang boleh tahanlah, tapi memang berbaloi dengan kenikmatan rasanya... Sampai jer kat Mdm Kwan tu aku tengok memang ramai orang, siap ada beratur lagi kat luar tunggu giliran untuk duduk... Aku datang sorang jadi takde masalah untuk mencari tempat duduk hehehe...Aku order Nasi Bojari dan Jus Mangga..dalam sepuluh minit makanan dah sampai... Memang aku puji kesedapan Nasi Bojari ni; hidangan nasi yang colourful, ditambah dengan ayam goreng, sambal udang dan rendang daging dan dihidang di atas helaian daun pisang... Sekali sekala bolehlah ke sini, kalau selalu kopak jugak masuk sini.. Korang boleh klik link ni MDM KWANS untuk mengetahui menu-menu lain yang ada, aku dengar Nasi Lemak dia pun boleh tahan gak, tapi aku hanya sukakan Nasi Bojari...sebab tu bertemu rindu dengan Nasi Bojari di Mid Valley...
NASI BOJARI MDM KWANS dan JUS MANGGA |
Satu hari ni memang aku kat Mid Valley ni jer, kalau tak tahan iman memang semua nak diborong, kat Speedy Video jer dah sekian belum lagi ke MPH mata rambang mencarik novel... Kedai-kedai baju memang aku just window shopping jer (sabar-sabar huhuhu) sebab bulan Julai nanti turun lagi ke KL masa bulan puasa cari barang untuk raya...So skrg belek-belek harga dulu lagipun bukan time Mega Sale... Pusing-pusing kat Mid Valley nampak kereta yang cantik kat bawah ni...Fullamak cantik giler...giler pun tak cantik macam tu...Cuma mampu berangan jerlah nak pakai kereta macam ni...
Okeylah esok sambung lagi...penat sangat turun naik mrt (need reflexology) dahlah KL sekarang memang panas sebab masa landing KLIA tadi pun tengok cuaca berjerubu...fuuhhh
Mid Valley, byak gak kngan ambe kt situ :)
ReplyDeleteApa jer kenangan tu hehehe
Deletetak pernah lagi makan nasi ayam tu.. huhu..
ReplyDeleteBolehlah cuba Mizz Aiza
DeleteSeronokk hehehe
ReplyDeletemenambah inci lagi lah di pinggang...
ReplyDeleteInci...hurmmm...nasi tambah
Delete