!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 3 June 2013

COKLAT HITAM : RAHSIA DAN KHASIATNYA...

Assalammualaikum wbt.


Tetiba rasa nak makan coklat pulak hari ni. Hurmmm siapa tak pernah makan coklat, tak kiralah dalam bentuk bar, wafer, kek dan yang sewaktu dengannya. Mesti pernah kan? Coklat ni ada pelbagai jenis dan jenama di pasaran nak yang hazel nut, black forest, fruits and nuts dan ada juga coklat hitam (dark coklat). Tadi jumpa coklat hitam jenama Vochelle, teringat masa gi Langkawi dulu memang rambang mata tengok coklat.


Aku membaca beberapa artikel di internet berkenaan kebaikan coklat hitam..jadi takdelah rasa bersalah sangat telan coklat ni kan...yelah orang selalu nampak coklat ni sebagai penyebab kegemukan, jerawat dan kurang baik untuk kesihatan. Sini aku nak kongsi pengetahuan sikit dengan mengambil info-info yang aku baca di internet. Kekadang orang jadikan coklat ni sebagai hadiah dan juga buah tangan...kalau kat airport memang coklat lah selalu yang aku beli selain dari minyak wangi huhuhuhu....

Coklat hitam adalah satu antioksida yang baik untuk kesihatan tubuh badan seperti mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung, memperbaiki fungsi sel endothelial, memperbaiki sistem pencernaan dan buah pinggang dan banyak lagi. Bagi yang mempunyai masalah buah pinggang, anemia dan kurang selera makan flavonoid yang terkandung dalamnya boleh diguna sebagai rawatan.



Flavonoid ni pulak terbahagi kepada 2 jenis iaitu cetechin dan epicarechin dan ia mampu merawat simptom kanser. Yang bagusnya kandungan flavonoid dalam coklat hitam ni adalah 3 kali ganda lebih dari yang terkandung dalam teh. Tapi jangan pulak korang hari-hari telan coklat hitam ni, kenalah berpada-pada dalam kebaikan ada jugak keburukannya. Jumlah lemak dan kalori dalam coklat hitam adalah tinggi. Tambahan juga coklat hitam ni mengandungi kafein kira macam kopi lah, kalau rasa mengantuk pasti akan segar semula lepas makan coklat ni.



Untuk satu bar coklat boleh membantu jantung kita ni berfungsi dengan sempurna malahan dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang menghadapi masalah darah tinggi. Makan coklat hitam ni dapat membantu menurunkan kolestrol LDL sehingga 10%.

Sebab utama aku suka makan coklat ni ialah ia pengubat stress. Ini memang terbukti sebab tiap kali stress aku akan makan coklat tak kisahlah hitam ker putih ker...bedal jer. Dari artikel yang aku baca coklat ni dapat merangsang penghasilan endorphin yang memberikan rasa seronok dan mengandungi bahan serontonin yang bertindak sebagai anti-depressed (anti kemurungan).



Apa-apa pun nak makan coklat ni kenalah bersederhana dan tidak dalam kuantiti yang berlebihan...






4 comments:

  1. dlm cokelat jugak ada kandungan kimia yg terhasil sama mcm org yg tgh fall in love... hehehe.. thats why org bagi cokelat masa valentine day. ngeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyer hari2 orang bagi coklat huhuhuhuhu

      Delete
  2. Kalau ke Langkawi memang rambang mata...

    ReplyDelete
  3. good info...terus nak pi beli satu

    ReplyDelete