Assalammualaikum...
Korang pernah dengar kuih kompia..Lama dah tak makan kuih ni, kat Sibu jer ada tau huhuhu...Pagi tadi mintak tolong kawan belikan sebab aku berada di Mukah, since diorang ke Sibu aku pesankan diorang beli kuih ni di Sugar Bun petang tadi baru sampai kat aku, sebab kat situ jer ada kompia yang halal ngeee... Kalau kat Sibu orang panggil ni kuih cepak. Sesiapa tak pernah dengar tu mesti blurr kejap okeylah meh sini aku cerita sikit pasal kuih ni.
Kuih ni merupakan kuih yang famous di kalangan masyarakat Fuzhou/ Foochow Sibu...memang boleh dikatakan diorang ni majoriti kat Sibu. Asal kuih ni adalah dari negara China iaitu sejak zaman Dinasti Ming 1563, dan menurut sejarah, tentera yang pada masa tu tengah berperang dengan tentera Jepun hanya makan ni sebagai alas perut. Sebab bahannya mudah yang hanya menggunakan tepung dan dibakar di atas arang.
Sekarang ni kuih kompia ni telah mula dikomersialkan di Sibu dengan menambah isi ke dalam kuih tu mengikut selera pelanggan seperti Ayam BBQ, Ayam Char Siew, Tuna, Ikan Bilis dan sebagainya. Dan juga mendapat sentuhan moden dengan meletak gula aising yang pelbagai rasa untuk menarik minat pelanggan..
Ini Bukan Donut JCo atau Big Apple ni lah dia kompia versi baru...amacam leleh tak |
So kalau teringin nak mencuba kuih ni datanglah berkunjung ke Sibu. Kalau nak carik kompia halal tu ada satu tempat namanya Kompia Tiam yang satu bumbung dengan Sugar Bun Gateway...Kat situ macam-macam kompia ada...
kaum tu macam chinese ja nama..huhu..sarawak dengan sabah mmg syurga makanan betull ^^
ReplyDeleteNana yup memang salah satu etnik Cina yang ada di Sibu... hehehe Sarawak dan Sbah memang banyak makanan tradisi...Semenanjung pun apa kurangnya... :)
Deletehahaha ada kuih tok jual kat sebelah SugarBun Gateway ya...mun nak kosong jak kmk suka yang baruk dimasak agik panas-panas cecah air teh
ReplyDeletewaaah, nampak menarik bila kuih tu dah diubahsuai..hehe..
ReplyDeletemacam big apple..
menariknya.. first time tengokkuih ni.. macam donut ya..
ReplyDeleteKompiang original juak nyaman pada rasa kmk ..mkn gik panas2... sik sedar abis 4..5 keping ya hahaha
ReplyDelete