!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 15 August 2021

KEKOK ....BUKU PSIKOLOGI SENI MENDENGAR SI PELUAH

Kekok adalah sebuah buku yang menyentuh tentang psikologi. Sebelum ini aku juga pernah aku baca  berkaitan psikologi dari penerbit yang sama (Iman Publication) iaitu Pendiam? oleh  Aiman Amri dan Aqila Masri. Tidak banyak buku tentang psikologi ditulis dalam Bahasa Melayu dan itu antara tarikan buku ini.

Kekok oleh Akif Basri. Banyak terma yang aku pelajari dari membaca buku ini. Antaranya Online Disinhibition Effect (ODE), Parenthetical Expression dan Voice Accentuation.

Ada juga satu bab yang menarik, menyentuh tentang maksud emoji kerana di dunia maya setiap orang mentafsirkan emoji dengan pandangan yang berbeza. Sebab itulah mungkin menimbulkan salah faham apabila seseorang mentafsir emoji dengan cara yang berbeza.

Setiap bab buku ini menghuraikan dengan gaya bahasa mudah dari perihal komunikasi antara peluah dan pendengar secara berhadapan sehinggalah ke alam maya (dunia siber). Jika kalian berminat mendalami dunia psikologi buku ini memang sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan ringan dan rujukan.



No comments:

Post a Comment