!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 22 April 2013

Hidangan 1 Malaysia di Kopi O'Corner.....

Pasar Minggu Satok
Beberapa hari yang lepas masa aku turun Kuching singgah ke Pasar Minggu Satok di Medan Niaga Satok. Masa jalan2 kat Pasar Minggu ni, mata aku terlihat satu papan tanda ni Kopi O' Corner (KOC). Dari jauh tempat ni memang menarik perhatian aku. Dalam pengetahuan aku KOC ni ada satu cawangan jugak yang terletak di flyover Satok bersebelahan dengan Bangunan Mara...KOC ni beroperasi sejak tahun 1992 dan salah satu cawangannya yang terbaru ialah di Medan Niaga Satok....




Apa lagi aku menuju ke KOC yang terletak di tingkat atas Medan Niaga Satok. Tempatnya memang nice and cosy. Banyak pilihan makanan ni pelbagai jenis mi, nasi, roti dan sebagainya memang kira hidangan 1 Malaysialah semua makanan dari pelbagai budaya dan citarasa dihidangkan...memang tak tau nak pilihlah. Huhuhuhu sebagai peminat mi aku order Mi Kampua Special.. Mi Kampua ni terkenal di kalangan masyarakat Foochow Sibu, jangan risau KOC menghidangkan makanan halal dan Mi Kampua ni telah diolah semula selain mengekalkan keunikan mi kampua itu sendiri...

MI KAMPUA SPECIAL
First impression aku, tempat ni memang santai dan sesuai untuk keluarga. Mi Kampua memang lazat aku bagi A++ (harap dikekalkan) dan layanan pekerjanya memang mesra pelanggan. Kalau korang datang ke Pasar Minggu Satok di Medan Niaga Satok ni jangan lupa singgah ke KOC masa operasinya 6 am - 11 pm.  Harga kat sini adalah berpatutan memang tidak merabakkan poket anda hehehe.. KOC ni dah melebarkan sayap dengan membuka cawangan ketiganya di Samarahan..dan akan datang di Matang pulak....So KOC keep it up.....



No comments:

Post a Comment