!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 22 April 2013

Kemeriahan Pesta Kaul Mukah 2013 Kembali Lagi.....

Assalammualaikum...

Tapak Pesta Kaul Mukah 2013


Tinggal 2 hari lagi Pesta Kaul Mukah akan berlangsung di Tapak Pesta Kaul Mukah. Dengan taglinenya..Tiada Yang Seuniknya. Memang Pesta Kaul adalah merupakan satu acara yang unik  yang diraikan oleh kaum Melanau sejak dahulu lagi. Pesta Kaul ini adalah satu cara tahunan pada bulan April dengan mengetengahkan pelbagai upacara dan adat resam kaum Melanau. Kini ia telah menjadi produk pelancongan yang unik di Mukah.



Kaul ni apa sebenarnya...??? Mesti kalau yang pertama kali dengar akan tertanya asal-usul Kaul ni. Sebelum kedatangan Islam dan Kristian, Kaul adalah merupakan salah satu perayaan yang berunsur mistik yang diamalkan oleh kaum Melanau "Pagan". Upacara Kaul ini adalah bertujuan untuk memohon restu daripada "Ipok" iaitu penunggu laut, darat, kebun dan hutan supaya "Ipok" ini tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Kaum Melanau selalu dikaitkan dengan nelayan dan Pesta Kaul ini diadakan sebagai tanda berlalunya musim tengkujuh.

Kehadiran agama Islam dan Kristian telah sedikit sebanyak merubah upacara Pesta Kaul. Pesta Kaul kini seperti satu perkelahan besar-besaran bagi suku kaum Melanau di Sarawak. Ketika ini kita akan dapat menyaksikan keberanian aksi permainan "Tibau". Tibau ini dibina dengan dengan 2 tiang kayu yang berukuran 30 kaki panjang dan beberapa kayu sederhana untuk dijadikan anak tangga. Ada pantun tersendiri ketika mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang ini dinyanyikan secara beramai-ramai:
"Kat kerakat, kerurieng udat, tibau idei pada mekat". Pantun ini dinyanyikan untuk memudahkan untuk mendirikan tiang ini dengan pertolongan  Ipok Tibau..



Bagi yang belum pernah merasai sendiri Pesta Kaul ini, bolehlah datang bersama-sama keluarga bermula pada 24 April hingga 28 April 2013. Saksikan sendiri kemeriahan sosio-budaya suku kaum Melanau daripada hidangan makanan, permainan, kraftangan, permainan dan tarian. Jangan lupa merasa Tebaloi dan Sagu...dan bagi yang berani boleh juga mencuba Si'et (ulat sagu)... So marilah meriahkan Pesta Kaul Mukah 2013.






Acara Pesta Kaul Mukah 2013

No comments:

Post a Comment