!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday 6 August 2015

REVIEW: TERIMA KASIH SI BABI HUTAN -TUHAN KINI AKU DATANG








Assalammualaikum

Okey hari tu aku ada ceritakan yang aku ada beli buku indie dengan tajuknya Terima Kasih Si Babi Hutan - Tuhan Kini Aku Datang (TKSB).. Okey buku ni merupakan kisah yang pernah berlaku seorang pelukis jalanan iaitu Lepat atau Ismail Arifin yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sensasi pada tahun 90-an kisah kerana kes perebutan anak.

Buku ini dibahagi dengan menarik dalam satu kisah kepada 4 bahagian..

Bahagian 1 - Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang

Bahagian ini mengambil metafora haiwan dalam menceritakan penderitaan yang ditanggung olehnya. Pelbagai liku yang terpaksa dilalui untuk mendapat haknya sebagai penjaga yang sah untuk membawa balik anaknya ke Malaysia. Dalam hampir tidak waras dia mungkin telah disedarkan oleh kehadiran si Babi Hutan yang telah menyedarkannya bahawa dugaan yang ditimpa ke atasnya adalah ujian Allah kepada hambanya. Itulah yang diceritakn oleh sepohon kelapa yang menjadi saksi kepada apa yang telah berlaku.

Bahagian 1.1 - Hujan Batu Yang Menghentam Kepala Lalu Merobek Luka Lama

Menceritakan serba ringkas kepulangan dia dan anaknya ke Malaysia. Namun sekali lagi kegagalan mempertahankan hak penjagaan anaknya telah dirampas akibat ketidakadilan yang dia hadapi.

Bahagian 2 - Nasibnya Si Tikus Tanah

Dalam ni penceritaan lebih kepada perbualan anak dan ayah. Seorang ayah memberi semangat kepada anaknya untuk meneruskan perjuangannya. Namun keadaan sistem perundangan yang kurang memihak kepadanya. Maliki sahabatnya lah banyak membimbingnya dari tenggelam dalam kejahilannya menempuhi dugaan itu.

Bahagian 3- Kami Budak-Budak Berguru

Dalam bab ini kita akan melihat bagaimana manusia membuat penilaian terhadap orang lain tatkala ditimpa pelbagai masalah, semua masalah itu dikatakan berpunca dari diri mereka sendiri. Apa dilemparkan tentang kisahnya hanya dilihat pada satu sisi sahaja sehingga dia menjadi bahan tohmahan media yang memberi fakta dan kenyataan yang salah.

Ini bukan novel tapi ia adalah sebuah buku yang menceritakan kepincangan sistem yang dicipta manusia yang akhirnya tidak dapat membantu mereka sendiri. Membaca buku ini mengingatkan aku kepada kisah Natrah Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh... Perjuangan untuk mendapat hak penjagaan seorang anak dan sekaligus menyelamatkan akidah seorang anak gadis yang hidup dalam suasana Islam... (Suggest baca buku Nadra Hertogh Controversy..)

B



1 comment: