!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday, 12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Epik dan Teknologi CGI

Siapa dah menonton HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM)? Siapa belum tu kira satu kerugian besar lah aku rasa sebab filem bajet juta-juta produksi KRU ni memang hampir setanding dengan Hollywood. Aku cuma pernah dengar nama Merong Mahawangsa ni, tapi tak tau sangat detail yelah aku dulu tak minat sejarah. Sejarah SPM sekadar lulus huhuhu. Filem ni memang filem yang aku tunggu-tunggu since last year cos aku memang minat apa sahaja cerita berkaitan epik zaman-zaman dahulu kala ni. Dua kali nonton baru puas hahaha, takpelah kira berbaloi nengok 2 kali. Tak menyesal aku tahan diri nak ke toilet sebab nak concentrate cerita ni.

Hikayat Merong Mahawangsa


Sinopsis cerita ni macam ni al-kisah nya. Kerajaan Rom menghantar rombongan meminang puteri Negara China, on the way nak pegi meminang tu ribut taufan pulak melanda habislah ranap segala kapal-kapal kerajaan Rom ni. Dalam keadaan terdesak diorang mintak bantuan di Goa untuk mendapatkan anak kapal dan kapal untuk berlayar sementara menunggu bantuan dari Rom datang. Masa kat Goa ni lah diorang jumpa si Merong. Pujuk punya pujuk akhirnya Merong ni bersedia bagi bantuan untuk membawa Putera Rom tu ke sebuah pulau di mana rombongan Puteri Negara China sedang menunggu. Sampai kat pulau tu kira dah nak merisik puteri yang jelita tu, datang pulak geng-geng lanun yang digelar Geruda ni menculik puteri dan dibawak lari. Apa jadi dengan puteri tu? Berjayakah Merong menyelamatkan puteri? Korang tontonlah sendiri kalau nak tau.

Komen aku pasal cerita ni, pertama sekali aku salute dengan KRU ni sebab berani melabur juta-juta untuk teknik CGI. Walaupun kalau tengok memang ada cacat sikit yelah macam part Taji ketua lanun Geruda tu menggunakan kuasa sakti menjadikan kawasan pulau tu dalam keadaan ribut taufan, kalau tengok betul-betul khemah-khemah rombongan China tu nyaris melayang, tapi pokok-pokok kelapa yang berderet kat belakang tu sikit pun tak bergoyang. Macam tipu lah pulak kan, yelah kalau ribut taufan melanda mesti ada pokok-pokok yang jatuh, tapi pokok-pokok tu statik jer. Aku pun kira salute juga ngan dialog dalam filem ni, memang klasik dan penuh bermakna macam kata-kata ini.
"sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"
Dua tiket 11/03/2011 pukul 6.00 pm dan 12.00 mn

Tapi takpe maybe ni percubaan KRU dalam usaha mendalami teknik CGI siapalah aku nak kritik kan. Lepas tu scene Marcus (Putera Rom) kena bunuh dan pedang tu pun tembus ke belakang, tapi agak mengejutkan dan macam tak percaya bila Marcus tu tiba-tiba okey jer.(ooops nampaknya korang tau yang Marcus tu tak mati di hujung cerita ni). Apa-apa pun aku bagi 4 bintang lah sebab kalau aku nonton sampai 2 kali memang kira two thumbs up lah. (Teringin nak proposed KRU filemkan novel karya Ramli Awang Murshid, Laksamana Sunan-Epik jugak tu)

Okeylah kawan-kawan, sesiapa yang belum menonton tu serbulah pawagam sekarang.

2 comments:

  1. bagus kritikan kau tu esp ttg cgi tu... bak org kata... efeknya cam tak siap.

    mostly filem kita bukan tak bagus... cuma kadang2 tu x teliti. itu baru org tgk wayang. klu org tgk kat vcd atau dvd... lagi byk cacat cela yg org boleh kesan.

    bajet berjuta beb... takan tak boleh teliti lebih sikit? 72 negara dikatakan bakal menyaksikan filem ini... itu baru kita lihat... org luar mestilah lagi gelak.

    ReplyDelete
  2. alizam: yelah tak tau mcm mana komen org luar negara pasal movie kita ni....memang dah bagus dah jalan cerita semua tu...bulan mengambang dalam HMM tu pun macam Cicakman punya jer...hehehe pinjam kot

    ReplyDelete