!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 22 April 2013

Transit di Johor Bahru.....

Assalammualaikum...




Johor Bahru...apa aku nak cerita kat sini. Tak banyak sebenarnya sebab JB ni sekadar tempat untuk aku dan member2 aku singgah atau transit sebelum ke Singapura dan Melaka. Since kita org nak ke Singapura jadi JB is the place to transit... Lagipun aku memang tak pernah jejak kaki kat JB. Penerbangan dari Sibu ke JB lebih kurang 1 jam 45 minit dan touch down di Senai Airport. Sampai2 terus carik tempat makan dalam Airport Senai tu..KFC jer yang ada..hentam jelah.

Masa kat KFC ni ada satu peristiwa yang agak lucu sikit, tengah aku dengan salah sorg kawan aku ni beratur nak buat order..adalah sorg makcik ni dengan sorg budak pompuan (anak dia kot)..Nak kata dia berbaris nak order tak jugak sebab dia asyik berdiri di luar barisan dgn anak dia (betul2 depan kaunter)..Dia macam tengah tengok2 menu yang terpampang kat atas tu..sekejap2 mata dia ushar2 aku ngan member aku ni... Aku rasa macam tak sedap pulak, manalah tau ada something tak betul kat baju aku ker, seluar aku ker...Kawan aku sorang ni pun perasan jugak yang kami berdua tengah di perhatikan... Dah selesai sorg customer ni ambik order tiba giliran kita org...Makcik tu pulak toleh kat aku... Aku cakap "Makcik dululah.."  
yang terkejut tu keluar dialog makcik tu " La ingatkan orang Hong Kong tadi...boleh cakap Melayu rupanya"... Reaksi aku waktu tu nak gelak ker, nak nangis ker aku pun tak tahu.... Ada rupa org Hong Kong ker aku dengan kawan aku ni... Aku dgn kawan aku hanya mampu senyum sinis...Part manalah rupa kita org ni macam org Hong Kong huhuhuh...

Yang tu memang peristiwa yang aku tak boleh lupa masa di JB...Dah selesai makan kita org bergegas nak carik pengangkutan ke hotel... Hotel ni aku booked kat www.booking.com (tempah dahulu bayar kemudian) Hotel Grand Court bolehlah semalam RM98 termasuk sarapan pagi untuk 3 orang okeylah tu...Ini hari pertama di JB sebelum ke Melaka.. Tak banyak aktiviti yang kita org buat...Tak jauh dari hotel tu Danga City Mall.. Aku sempat beli baju melayu walaupun raya lambat lagi...Dah pusing2 shopping kat dalam tu hari pulak hujan lebat...Kita org main bowling kat tingkat atas (huhuhuhu dtg JB semata2 main bowling) sementara tunggu hujan reda apa lagi main bowling sampai 3 set...

DANGA CITY MALL


Selesai main bowling balik hotel...Blur jugak tak tau nak buat apa... So bertanyalah kat pekerja hotel ni kat mana boleh carik tempat makan... Suggestion diorg suruh pegi ke Bazaar Karat...Dah malam nak jalan kaki pun tak tau..Ambik teksi dari hotel ke Bazaar Karat RM5...Hanya lima minit ke Bazaar Karat kalau menaiki teksi... Dekatlah tu kan....huhuhuhu

Sebelum explore Pasar Karat ni kita org singgah isi perut dulu di gerai makanan berhampiran. Sebab berada di JB so aku try ni Mi Bandung...Kan JB terkenal dgn Mi Bandung. Memang rasa dia lain dari Mi Bandung yang aku pernah makan di Sarawak...yelah dah tempat asal dia...Rasa kuah dia memang terasa ramuan udang tu...Yummy...


MI BANDUNG ORI FROM JB


Pasar Karat fuhhh tempat ni memang ramai orang..Macam siang lah pulak. Tempat ni bukak dari petang sampai pukul 3 pagi....Walaupun dah pukul 11 tapi orang masih berpusu-pusu membeli barang kat sini... Kenapa tempat ni dinamakan Pasar Karat..sebab dulu kat sini banyak jual barang2 antik ...So dari situlah dia dapat nama... Lokasinya terletak di tengah2 bandar JB...

ROKOK ELEKTRONIK


Macam2 barang ada jual kat sini...daripada rokok elektronik, jam, beg, minyak wangi dan macam2 lagi...semuanya harga murah2 dan masih boleh tawar lagi... Next time aku datang aku nak ambik hotel dekat2 sini jer...sebab aku tengok banyak hotel2 bajet kat sini...Satu lagi senang nak carik tempat makan... First day datang JB aku tak nak membeli sangat sebab balik dari Melaka nanti akan bermalam lagi di JB so tak naklah bagasi aku berat sangat...

Keunikan Pasar Karat ni ialah  seperti open space museum.. daripada barangan antik dan vintage mcm kipas, piring hitam, beg dan perkakas dapur hinggalah foto2 lama. Sesetengah tapak niaga juga turut menjual dekorasi rumah, minyak wangi, pakaian dan barang2 bundle... Rasanya ni memang tempat wajib pegi bila ke JB...yang penting sediakan wang satu guni kalau korang memang tak kuat iman nak shopping huhuhuhu...





AKSESORI WANITA PUN ADA

SELUAR JEANS BERJENAMA

RAMBANG MATA.....

Ada satu benda yang menarik bagi aku kat JB ni, restoran yang menghidangkan Nasi Ayam Penyet yang memang sedap giler yang tu aku cerita kat my next blog check it out...










2 comments:

  1. Hye there. Mee bandung tu kat mana. I live in jb tp mcm x prnah nampak jer gerai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai gerai tu berdekatan dengan area Pasar Karat JB

      Delete