!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 19 May 2013

Lelaki dan Novel...Tak Jantan Dan Jiwang Karat!!

Assalammualaikum...

NOVEL NOVEL...novel dan lelaki...satu isu bagi kita yang biasa2 jer, tapi tiba2 tadi terdetik aku nak menulis kat blog ni pasal minat atau hobi lelaki membaca novel. Tadi aku sempat makan malam bersama seorang kawan yang sama sekerja...Dia bertanya hujung minggu ko biasa buat apa? Aku cakaplah kalau tak keluar aku hanya duduk rumah, nonton DVD ker TV ker...mengemas rumah ker... dan baca novel...

Menyebut baca novel dia tergelak... Jiwangnya ko ni...baca novel. Aku sentap kejap..Well salah ker baca novel. Tak semestinya aku baca novel cintan-cintun jer...Macam2 genre novel ada di pasaran ...Thriller..Keagamaan...Sejarah dan macam2 lagi... Golongan Adam yang membaca novel seolah dipandang tidak berjiwa kental... Mungkin ini salah satu faktor penyumbang utama kenapa kaum lelaki tidak membaca novel...

Sebahagian Dari Koleksi Buku dan Novel

Kebanyakkan kita akan menganggap apabila seorang lelaki membaca novel tu tak nampak maskulin.. Bagaimana pula dengan penulis novel lelaki adakah mereka tidak cukup maskulin... Faisal Tehrani, Ahadiat Akashah dan Ramli Awang Murshid. Penulis2 A Samad Said adakah mereka menulis hanya untuk dibaca oleh golongan Hawa... Aku sendiri mula minat membaca sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bermula dengan buku kanak2 Sang Kancil dan Kisah Lagenda Rakyat sehingga aku mengenali karya Khadijah Hashim dan novel pertama yang aku baca Merpati Putih Terbang Lagi (masih tersimpan rapi dalam koleksi aku) berkisar tentang seorang pemuda yang cuba membawa perubahan kepada masyarakatnya yang ditentang oleh pemimpin lama...

Masa aku di sekolah menengah aku masih teringat dimana ada satu sesi dikhaskan setiap hari Rabu pagi kami semua dikehendaki membaca sebuah buku dan sesi ni kami hanya membaca dan membaca..So ramailah yang bawak novel2 ke sekolah setiap Rabu untuk sesi ini

Selain Khadijah Hashim aku juga meminati Ahadiat Akashah masterpiecenya iaitu Lagenda Budak Setan (telah difilemkan) dan Hikayat Cinderella. Apa yang menarik perhatian aku mengenai karya Ahadiat ialah teknik penceritaan dalam novelnya apabila seseorang watak itu berada di sebuah tempat Ahadiat begitu teliti menceritakan keindahan tempat tersebut seolah2 kita sendiri berada di sana...

Minat aku membaca diteruskan hingga menyambung pelajaran di peringkat universiti. Waktu lapang banyak so ruang masa untuk menghabiskan 400-500 muka surat novel dalam masa sehari itu sudah biasa. Waktu tu masih aku teringat, aku membaca novel karya Fauziah Ashaari yang turut diadaptasi ke layar perak iaitu Ombak Rindu..dan sambungan ini disusuli dengan Rindu Cintaku dan Cinta Tiada Akhirnya... Hingga kini aku masih meminati hasil karya Fauziah Ashaari...

Kemudian aku beralih kepada novel yang lebih berunsur thriller karya Ramlee Awang Murshid...Karyanya paling aku minati ialah Bagaikan Puteri yang juga bersambung dalam beberapa siri novel hingga ke Sunan Musafir...Siti Rosmizah juga salah seorang penulis yang aku minati kini muncul dengan novel ke-5 iaitu Curi-Curi Cinta...

Hakikatnya aku dan novel memang tak boleh dipisahkan.. Namun aku tidak menghadkan pembacaan aku hanya kepada novel..Aku juga membaca buku2 untuk Pembangunan Diri dan buku ilmiah yang lain untuk membantuku dalam kerjaya...Kalau yang cepat meletakkan golongan lelaki yang membaca novel ni membuang masa, jiwang karat dan hingga merendahkan seorang lelaki tidak cukup jantan kerana membaca novel...STOP MENGUTUK!!! Kita mempunyai mempunyai minat masing2 jadi janganlah mengutuk lelaki yang membaca novel ni... Minat masing2 adalah keunikan kita sendiri. Apa yang pasti setiap yang kita baca itu adalah ilmu.


4 comments:

  1. siapalah kawan ko tu yea... tak penah jumpa. apa pun pendapat dia... berbalik pada diri dia sendiri jugak.

    ReplyDelete
  2. kawan satu office...mana ko pernah jumpa aku sendiri pun ko tak pernah jumpa lagi huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. hanya berjumpa di alam maya kannnn... ngeh.

    ReplyDelete