!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 19 May 2013

MY NOVEL REVIEW: Lelaki Eksklusif...Semua Yang Aku Lakukan Eksklusif Untuk Dirimu

Assalammualaikum...



Aku baru sahaja selesai membaca novel Lelaki Eksklusif. Memang recently takde masa nak baca novel sibuk dengan beban kerja yang melambak. Terbitan Karya Seni dengan harga RM18 Semenanjung dan RM21 S/S....Penulisnya Wan Awliya Rayqal setebal 413 muka surat...

Pada mulanya aku membeli novel ni salah satu sebabnya ialah tajuknya iaitu LELAKI Eksklusif. Mungkin jarang2 genre novel yang memaparkan kisah lelaki kan kecuali karya yang ditulis oleh Ahadiat Akashah banyak bermain dengan emosi seorang lelaki.

Ini adalah pandangan secara peribadi aku....Secara keseluruhan cerita ni agak santai takde berat sangat bagi aku watak utamanya Wan Mukhriz yang telah kembali ke Malaysia setelah membawa diri ke negara orang. Kehadirannya tidak disenangi oleh ibu tirinya serta neneknya (biasalah kes menantu tak disukai). Pemergian Wan Mukhriz juga adalah kerana kekasihnya sendiri iaitu Sharina yang telah dirampas oleh adik tirinya Wan Ariff.

Konflik cerita ini mula terjadi apabila Wan Mukhriz mengenali Nora seorang gadis yang agak lasak atau tomboy bekerja di bahagian despatch. Hubungan antara majikan dan pekerja telah menyebabkan Wan Mukhriz mula jatuh hati kepada Nora. Sehinggalah terjadi satu peristiwa Wan Mukhriz telah menyelamatkan Nora dari menjadi mangsa kahwin paksa oleh ayah Nora yang mahu menikahkannya dengan lelaki yang lebih tua untuk melangsaikan hutang2 judinya (lagi2 kahwin paksa). Demi menyelamatkan Nora, Wan Mukhriz telah menikahi Nora. Perkahwinan ini dirahsiakan oleh Wan Mukhriz kerana menyedari Wan Ariff juga turut menaruh perasaan terhadap Nora.

Wan Ariff yang turut menyukai Nora telah sedaya-upaya menggoda  Nora namun tidak berjaya tanpa menyedari Nora telah sah menjadi isteri Mukhriz...Mungkin itulah yang eksklusifnya...Nora hanya milik Wan Mukhriz biar apa pun yang terjadi. Wan Ariff yang terkenal dengan sifat manja apa sahaja yang dia inginkan semua diberi sehinggakan Sharina yang merupakan kekasih Wan Mukhriz turut dirampas dan bakal menjadi tunangannya hanya kerana ingin menyakitkan hati Wan Mukhriz.

Bagaimana pulak dengan Sharina yang pernah dirampas oleh Wan Ariff dari Wan Mukhriz...? Korang mesti nak tau jadi aku tak nak spoil mood korang baca novel ni hehehehe...Adakah Wan Ariff dapat memiliki Nora sedangkan Nora adalah isteri orang....?

Okey pada pendapat aku novel ni kategori yang santai untuk dibaca. Jalan cerita diolah dengan baik, aku memang dah boleh agak endingnya macam mana. Kalau watak Sharina dikembangkan dalam novel mungkin sedikit sebanyak dapat menambah konflik dalam jalan cerita ni. Bahasa ringan dengan jalan cerita yang ringan. Dengar cerita novel ni bakal didramakan siap ada gambar Nora Danish tengah pegang novel ni....kita tunggguuuuu!!!





No comments:

Post a Comment