!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 6 March 2011

Aku dan Gym - Aku Pun Nak Kurus

Lama dah rasanya tak update blog ni. Kali ni nak cerita pasal fitness pulak okey. Kalau sebut pasal gym mesti korang semua akan imagine badan yang berketul-ketul, ada Six Packs dan tubuh badan yang sasa. Tapi itu bukanlah niat aku nak join gym. Sebelum ini aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang berisi dan pinggang aku pernah mencapai hingga 35 cm dengan berat 78kg. Waktu tu aku memang tak kisah sangat pasal bentuk badan, sebab aku memang suka dengan makanan. Foods is my passion selagi makanan itu menarik minat aku memang aku akan sental sampai habis. Hinggalah aku bekerja di sebuah company kat Sibu ni, jadi satu hari tu kita org ada satu pemeriksaan kesihatan. Terkejut juga dengan kadar kolestrol dan darah tinggi aku memang menakutkan. Aku menerima nasihat dari boss (wanita) yang menyarankan aku untuk menjaga pemakanan dan berhenti tabiat merokok. Tinggi aku hanya 170cm dan berat aku ketika itu 75-78 kg.

Aku Suka Makan
Feveret Aku Ni Black Forest
Tak Boleh Tahan Kalau Tengok Makanan Macam Ni

Nasi...Urggghhh Lagilah

Akhirnya Jadi Tembun Macam Ni
Godaaannnnnn!!!!




Bermula dari situlah aku mula ambil perhatian untuk menjaga tubuh badan dan kesihatan walaupun hati aku masih ingin makan dan makan. Aku mula mengenali dunia gym ketika masih bekerja di Sibu tapi ketika itu gym yang pertama kali aku daftar hanya sekadar untuk latihan kardio dan senaman ringan. Hinggalah aku mengenali Level Up Fitness tahun lepas semangat aku untuk menguruskan badan makin berkobar-kobar. Aku  mula mengetahui gym Level Up Fitness melalui satu voucher free trial for one week. Aku ambik peluang untuk mengetahui apa yang ada kat Level Up Fitness. So aku cuba untuk 1 minggu.

Tak Silap Aku Gambar Ni Lepas Seminggu Aku Join Level Up Fitness
Antara Option Class Yang Boleh Dipilih


Hari pertama aku didedahkan dengan group exercise Body Pump. Mula-mula memang blur apa menatang Body Pump ni, yelah tengok pamplet orang angkat besi. Since free aku masuk join the class. Aku datang tanpa kawan, terima kasih kepada instructor tu, Encik Jafrey dia memang friendly and willing to help. Okey Body Pump ni kira weight exercise kira macam angkat beratlah. Menggigil jugak kaki masa first time join, yelah biasa aku dulu join gym angkat dumb bell yang 2-3 kg jer. Macam aku orang kali pertama ikut Body Pump ni memang sakit satu badan baru rasa macam mana payahnya nak kurus dan dapatkan bentuk badan yang mantap. Kelas ni dibahagikan kepada 10 rutin untuk tempoh satu jam. Yang seronoknya korang more motivate untuk workout sebab diiringi dengan rentak muzik yang sesuai dengan setiap rutin tersebut.

Equipment Untuk Body Pump
Pakaian Untuk Workout
Studio Baru Level Up...Kat Sini Lah Member Buat Group Exercise
Ni Lepas Sebulan Join



Alhamdulillah selepas seminggu usaha mendatangkan hasil. Aku pun ada juga ikut group exercise Body Combat, tapi rasanya Body Combat ni macam kardio rutin. Body Combat ni gabungan teknik-teknik seni mempertahankan diri Muay-Thai, Cappoeira, Taekwondo, Karate dan lain-lain lagi. Sama juga seperti Body Pump, rutinnya ada 10 bahagian dalam tempoh masa 1 jam. Bukan mudah jugak nak mencapai sasaran bila aku join gym ni. Kalau masuk gym banyak yang perlu aku korbankan terutamanya makanan kegemaran, masa dan tenaga. Aku mendaftar gym ni kerana pada aku ia memberi dorongan dan juga memotivasikan aku lebih fokus dengan matlamat aku.
Untuk Body Combat

Taken 4 March 2011


Kalau sesiapa yang berada di sekitar Kuching tu bolehlah mendaftar sebagai ahli di Level Up Fitness ni. Jangan risau terdapat pelbagai pelan pembayaran untuk menjadi ahli di situ. Kalau korang blur dan pertama kali datang ke gym, korang akan dibantu oleh staff-staff yang friendly. Klik di bawah ni jika korang nak mengetahui mengenai Level Up Fitness lebih lanjut. Physical Activity Is Fun....

5 comments:

  1. aku tgk gambar ko tembun lagi ceria dari gambar ko yg kurus sket... kenapa ya? terseksa?

    ReplyDelete
  2. alizam, badan tembun tu kerana hati ceria kot dapat makan macam2...dah kurus tu terseksa sebab tak boleh makan itu ini...

    ReplyDelete
  3. kontradik lah pulak kan. tak boleh makan itu ini... tapi entri dan gambar byk pasal makanan... hehehe... mcm mana tu? kena kurangkan jugak ke bercakpa pasal makanan?

    ReplyDelete
  4. yelah kan...mau nya tak...aku ni suka makan...tapi tu lah makan satu donut esok hari 2 kilo terus naik...nangis...nak turun 2 kilo 2 bulan baru dapat....sangat susah....doktor alizam tolong nasihat

    ReplyDelete
  5. sila tinggalkan pesanan selepa bunyi beep. dr alizam pergi cuti2 malaysia sambil makan donut.

    ReplyDelete