!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 22 May 2011

Nur Kasih The Movie - Kisah Cinta Agung Nur dan Adam




Salam semua, mungkin ramai yang ternanti-nanti filem Nur Kasih The Movie dan dikatakan Nur Kasih The Movie ini telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Kesinambungan percintaan Adam dan Nur Amina. Drama yang telah menarik minat 19 juta penonton ketika ia ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat. Waktu tu memang aku tak ikut drama ni di kaca televisyen hanya mendengar cerita teman-teman yang sering berborak pasal drama ni. Fenomena drama Nur Kasih ketika itu menyebabkan ramai yang sanggup menunggu di depan kaca televisyen setiap jam 9.00 malam. Aku mula menonton drama ni selepas aku membuat pembelian online DVD Drama Nur Kasih, tak rugi jugak beli memang sesuai untuk koleksi. Yelah jarang drama Melayu dibuat dalam format DVD.

Nur Kasih The Movie adalah salah sebuah filem yang memang antara aku masukkan dalam senarai untuk ditonton, dan selepas ini Ombak Rindu pula bakal ditayangkan di pawagam. Garapan Kabir Bhatia dan Mira Mustafa memang menjadi dan dalam drama Nur Kasih kita dipertontonkan dengan kisah cinta Adam, Nur dan Aidil. Banyak pengorbanan yang telah mereka pertaruhkan untuk meraih cinta masing-masing. Apakah lagi pengorbanan yang perlu mereka lakukan untuk cinta dalam Nur Kasih The Movie.

Permulaan cerita ni di selitkan dengan beberapa adegan dari Drama Siri Nur Kasih, suara latar Dato Rahim Razali membuat aku tertanya-tanya apa kaitan watak Dato Rahim Razali ini kelak. Bila mendengar suara beliau rasa menonton filem Puteri Gunung Ledang pulak. Plot Nur Kasih The Movie dipaparkan dengan beberapa konflik apabila Adam berhadapan dengan situasi anak-anak muda yang keruntuhan akhlak, dan secara realiti menggambarkan teknik unsur dakwah yang cuba digunapakai oleh Adam untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Nur pula berhadapan dengan dugaaan apabila mengetahui Adam bertarung dengan maut. Aidil kasihnya sebagai seorang abang sentiasa menjadi tunjang kepada Nur dan Adam dalam menempuh dugaan walaupun dia sendiri telah kehilangan org yang dia cintai Aku tak nak cerita panjang nanti spoil pulak korang punya mood nonton movie ni. Tahniah Tiz Zaqyah, Remy dan Fizz untuk lakonan yang mantap.

Comel Adik Mia dalam Movie ni


Kisah yang berunsur dakwah Islam ni memang menarik untuk ditonton. Banyak paparan realiti dengan kehidupan kita sehari-hari dan ia betul-betul menyentuh perasaan. Sentuhan Khabir Bhatia dan Mira Mustafa memang tidak dapat dinafikan, dengan kehadiran adik Mia yang betul-betul comel dengan keletahnya yang mengusik perasaan. Permandangan yang menarik di Tanah Arab dan kehijauan sawah di perkampungan sangat artistik, cuma teknik CGI agak mencacatkan seperti letupan kereta api, orang yang terbakar semasa kemalangan, suasana pembersihan kemalangan dan pandangan kota Jordan dari bilik hotel yang mungkin aku sendiri sebagai penonton dapat membezakannya. Apa-apa pun tahniah, kerana sebelum ini aku memang bukan antara penonton filem Melayu di pawagam memang rasa kagum dengan filem ini. Daripada 5 bintang aku bagi 4 bintang.

1 comment:

  1. eee geramnya. nak tgk sgt... tp x berkesempatan. klu terlepas jugak. kena tunggu dvd lah jawabnya.

    ReplyDelete