!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 27 February 2011

Black Swan - Lenggok Thriller Dalam Tarian Ballet



Kudos to Natalie Portman untuk lakonan terbaiknya dalam Black Swan ini dan dia memang layak memegang watak Nina Sairs. Filem ini sendiri sudah cukup baik dengan jalan cerita yang akan membuat kita tertunggu apa yang bakal berlaku seterusnya. Natalie Portman memang telah melakonkan watak ini dengan berkesan, tak tahulah berapa dia kena turunkan berat untuk melakonkan watak Nina di dalam filem ini. So dia memang layak memenangi Golden Globe Award  for Best Actress dalam Black Swan.



So cerita sikit jer pasal movie, siapa-siapa yang belum tengok kat pawagam tu cepat-cepatlah bawak jiran anda menonton sama. Permulaan cerita ni korang akan tengok babak pementasan di mana Rothbart telah menyumpah Swan Queen menjadi Black Swan. WARNING!! Pastikan takde budak-budak cos ada adegan 18SX yang kurang sesuai untuk tontonan diorang. Babak lesbian betul-betul mengejutkan dalam movie ni bila Nina (Natalie) dan Lilly (Mila Kunis) melakonkan adegan ciuman dalam filem ini. Aku pun tertanya jugak apa kaitan babak ini dengan jalan cerita filem ni. Sama juga ketika babak dalam teksi bila mana Lilly menyentuh Nina...hangat...tapi sebab kita ni kat Malaysia so babak tu sikit jer, korang memang tengok separuh tak boleh lebih-lebih. Ada jugak adegan lain yang mungkin kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak.



Filem ni berbentuk psycho-thriller so aksi ganas tu takdelah sangat. Jalan cerita tertumpu kepada Nina yang telah dipilih untuk memegang dua watak utama dalam pementasan Swan Lake iaitu Swan Queen dan juga watak jahat The Black Swan. Tekanan demi tekanan yang di hadapi olehnya untuk menjiwai watak dalam pementasan itu telah merubah diri Nina dari seorang yang sweet girl bertukar kepada "un-sweet girl. Pernah dengar muzik Tchaikovsky, muzik ini lah yang menjadi latar utama untuk pementasan Swan Lake itu. Korang pasti akan terhibur dengan tarian ballet dalam filem ni. Terjahlah pawagam sekarang, mesti korang akan terkejut dengan ending cerita ini.

Nina yang terlampau obsessed dengan watak itu telah melakukan tindakan yang diluar kawalannya sendiri.Apa agaknya yang telah Nina lakukan? Bagi korang suspense sikit. Rasanya apa yang ingin disampaikan oleh filem ni ialah:
Kadang-kadang niat kita untuk mencapai kejayaan itu kalau silap langkah boleh menghancurkan diri sendiri.

SELAMAT MENONTON

Rating aku :4 Stars

Saturday 26 February 2011

Dari Johor Bahru ke JAY BEE

Aku baru sajer breakfast kat Jay Bee, lately aku banyak explore tempat makan kat area perumahan aku ni. Tak tahu pulak rupanya banyak kedai makan yang masih belum aku terjah. Lepas Simply Sedap aku cuba pulak Jay Bee, kedai makan ni senang jer nak carik, kalau korang tau kat mana Simply Sedap Stutong, Jay Bee ni betul2 belakang bangunan Simply Sedap. Boleh check aku punya blog lately pasal Simply Sedap. Aku dengar kat Jay Bee ni popular dengan Ayam Percik so jom terjah.


Jay Bee - Stutong





Senarai Menu



Kedai ni biasa jer, kira simple. Ada buffet line masa aku masuk tadi, ada nasi goreng, mi goreng, roti bakar dan macam-macam lagi bagi mereka yang nak mengalas perut untuk sarapan. Menu kat sini macam-macam ada; Laksa Johor, Mi Bandung Johor (Nama pun Jay Bee (JB) so banyaklah makanan Johor kat sini. Aku tak sabar nak order ayam percik ni, so order Nasi Ayam Percik dengan Teh Tarik. Pagi-pagi mungkin orang takde so makanan yang aku order pun cepat siap. Taadaaa!!! NASI AYAM PERCIK...

Ayam Percik



Nasi Putih, Sup Kosong, Sambal, Ayam Percik+UlamRaja+Kacang Botol, menyelerakan apa lagi aku terus makan dan makan. Ayam Percik ni berlainan dari yang aku pernah rasa kat KL dulu, ni kira cerita berbelas-belas tahun dulu masa tinggal kat sana. Kalau kat Pasar Malam area aku di Ampang tu ayam percik ni disepit dengan buluh. Lagi satu ayam percik kat Jay Bee ni digoreng, bukan dibakar macam yang pernah aku makan. Tak kisahlah yang ni pun kira sedap jugak. Berpeluh jugak nak makan ayam percik ni sambalnya yang pedas. Kalau ada siapa-siapa yang tahu kat mana boleh dapatkan ayam percik original bolehlah share. Kalau kat Semenanjung memang banyaklah kot.SHARING IS CARING.....
UlamRaja+Kacang Botol

Wednesday 23 February 2011

GiveAway EdY : KATA KAU!

Hai semua...tengah hujan-hujan ni secara tak sengaja aku jumpa satu blog yang ada contest ni, saja nak give a try bukannya bayar pun. Mudah saja syarat penyertaan :
1. Aku kena jadi follower blog ni.

2. Buat entry dengan tajuk  "GiveAway EdY : KATA KAU!".Pastikan pada entry  tersebut mempunyai    BANNER GiveAway dan LINK ke blog entry GiveAway ini.


3. Pilih 1 GAMBAR dari mana2 entry dalam BLOG INI dan letakkan pada entry
penyertaan anda. 

So gambar ni yang aku pilih.

4. Letak CAPTION/KATA-KATA paling UNIK/KREATIF/LUCU untuk gambar yang dipilih.
Caption/Kata-kata mesti tidak melebihi 10 PATAH PERKATAAN.


"Patutlah toyol peliharaan aku makin pendek, rupanya menggendong duit syiling" 

hehehe ngam ngam 10 patah perkataan...

Aku nak tagged sorg ni jer:


Tuesday 22 February 2011

Simply Sedap - Kenyang Perut Senang Hati

SIMPLY SEDAP ni tak jauh sebenarnya dari rumah aku, selalu lalu jer tapi tak pernah singgah pun, ni kira calit dahilah aku datang sini. Memang aku ni suka nak terjah tempat makan area Kuching just nak give a try, kalau okey boleh suggest kat kawan-kawan untuk datang. Nak cari kafeteria ni senang je kalau lepas roundabout Stutong tu korang memang mesti nampak nama Simply Sedap tu terpampang dari jauh, warna oren. Satu row dengan Tan Chong Nissan Motor dan Pet Shop.


Parking kat sini kalau malam memang banyak, tak tahu lak pulak kalau siang macam mana sebab ni kira kawasan commercial area mungkin siang penuh kot (agaknya). Kafeteria ni kira open environment jugaklah, standard kelas A maksudnya kafeteria ni mementingkan kebersihan, boleh tahan jugaklah. Bukak jer menu cantik dan tersusun jer menu, ada gambar so dapat imaginelah apa yang akan kita order. Menu sini macam-macam dari hidangan melayu dan makanan barat. So aku order NASI GORENG KUNYIT dan JAGUNG SUSU BIG MUG, selera bukan-bukan lepas tu risau pasal berat naik. Ada aku kesah hehehe...

Cuma satu sahaja kureng sikit kat sini, pelayannya tak ramai. Tak tahu lah kalau syif siang tu ramai ke tidak yang bekerja, yelah ada seorang amoi tu muka dah naik masam takder orang ambilkan order, aku perhatikan pelayan sibuk mengemas meja dan menghantar pesanan. Kebetulan pelayan tu hantar makanan ke meja aku, jadi aku bagitau kat budak perempuan tu amoi selang 2 meja dari aku tu belum di ambil order lagi. Yelah sebagai pelanggan aku tahu macam mana rasa menunggu orang melayan kita. Kes tu biar diorang yang settle, yang penting isi perut aku hehehe.

Boleh tahan jugaklah nasi goreng kunyit ni, aku ingatkan nasi tu yang digoreng dengan kunyit hahaha, tapi sayuran yang dimasak dengan adunan tepung kunyit dan ada 2 ketul ayam goreng. Nasi yang digoreng tu memang cukup rasa, kalau ikut selera aku nasi ni memang superb. Tak rugi bayar RM7.50 untuk sepinggan nasi ni. Kerongkong aku pulak aku curah dengan minuman Jagung Susu gelas besar, tapi isi jagungnya tak banyak adalah aku cedok 2-3 sudu jer dah habis. Lain kali nak order mesti mintak jagung lebih hehehe. Jagung Susu ni RM3.00 yelah dah gelasnya size XL kira okeylah tu. Hopefully kafeteria ni can maintained their foods dan perbaiki customer service, kalau kerana tak ramai staff- RENUNG-RENUNGKANLAH...

Dengar cerita kat belakang Simply Sedap ni ada satu kedai makan namanya Jay Bee, popular dengan ayam penyet dan ayam percik. Menu masakan ala-ala negeri Johor dah nama pun Jay Bee (JB)...so it will be my next visit..

Monday 21 February 2011

The Mechanic - Filem Aksi Thriller Menghiburkan

Last Saturday, aku sempat singgah ke MBO The Spring, kiranya nak berteduh dari hujan sebab on the way balik dari Matang hujan agak lebat. Aku park motorbike dan terus naik ke tingkat 2 hopefully ada good midnight show. 12.30 midnight The Mechanic ditayangkan so aku terus ke kiosk dan membeli tiket. Aku pun bukan minat sangat Jason Statham, since aku ni memang kaki wayang hentam sajalah labu.



 Aku ingatkan filem ni berkisar tentang mekanik, tapi rupanya bukan. Filem mengisahkan  Arthur Bishop (Jason Statham) yang merupakan seorang "mekanik" gelaran kepada pembunuh upahan elit dengan menggunakan kod-kod tertentu dan bijak menghilangkan kesan pembunuhan tanpa dapat disyaki oleh sesiapa pun. Arthur kira yang paling professional di kalangan "mekanik" tersebut dan antara yang terbaik.Konflik mula berlaku bila dia terpedaya untuk membunuh rakan karibnya@mentornya Harry (Donald Sutherland) dan semua keadaan mula berubah. Steve (Ben Foster) anak Harry mahukan Arthur menjadi mentornya dan mengajar selok-belok tentang dunia pembunuh upahan tersebut. Tujuan Harry menyertai Arthur juga adalah kerana dia ingin membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya itu. Berjayakah Harry membalas dendam? Sedarkah Harry bahawa pembunuh ayahnya adalah Arthur mentornya? saksikanlah sendiri filem penuh aksi ini.


The Mechanic ini juga merupakan filem remake dengan tajuk yang sama pada tahun 1972 lakonan Charles Bronson. Filem The Mechanic lakonan Jason Statham ini sebenarnya adalah menghiburkan atau boleh dikatakan filem "jantan". Penuh dengan adegan letupan, tembakan demi tembakan, patah tangan patah kaki, dan juga adegan kejar mengejar di jalan raya. Walaupun permulaan filem ini boleh buat aku menguap 2-3 kali akhirnya dapat membuat mataku celik untuk sejam yang berikutnya, kerana banyak adegan yang boleh dikatakan 18SG membuatkan aku tak senang duduk. -3 Stars-

Sunday 20 February 2011

Rayyan Fantasi - Saspens, Seram, Dan Misteri


Aku baru sahaja selesai membaca Rayyan Fantasi, dengan tagline "Apa yang terfikir...itu ada!" Ramlee Awang Murshid berjaya membuatkan aku berimaginasi dalam dunia yang lain. Aku mengenali Ramlee Awang Murshid melalui novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi dan sambungannya bakal dikeluarkan tidak lama lagi iaitu Sutera Bidadari. Genre Rayyan Fantasi sesuatu yang mungkin agak berbeza tapi tetap berunsurkan thriller (memang selayaknya beliau digelar Novelis Thriller No.1 Malaysia). Penceritaan dalam novel ini teratur dan diselangi dengan teknik imbas kembali dan membuat kita tertanya apa yang bakal berlaku seterusnya.
 
Apabila membaca novel ini aku teringatkan Siri Heroes mengenai manusia dilahirkan dengan kuasa yang luar biasa tanpa mereka sedari. Aiddin watak utama dalam novel ini tidak mengetahui siapakah dirinya sebenar dan ayahnya Ibrahim banyak berahsia mengenai asal-usul mereka.  Pertunangan Aiddin dengan Feena berakhir apabila Aiddin hilang sewaktu pendakian ke Gunung Kinabalu (impian terakhir Aiddin setelah dia dikenalpasti menghidap barah otak). Plot penceritaan bertambah saspens apabila Aiddin kembali selepas 5 tahun dan konflik percintaan Aiddin dengan Feena mula bergolak apabila Feena sudah berkahwin dengan orang lain. Sekembalinya Aiddin bersama keluarganya, banyak siri pembunuhan ngeri berlaku Kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dapatkanlah di pasaran. Tak best pulak kalau aku ceritakan semuanya, bukan apa sekurang-kurangnya kita menyokong penulis-penulis Malaysia.



Aku pun recently membeli satu lagi karya Ramlee Awang Murshid "Penunggu Rimba" -Tombiruo. Buku ni diulang cetak dan merupakan buku yang mendapat jualan terlaris. Jadi takderlah aku asyik-asyik dimomok dengan novel-novel cinta, walaupun novel-novel genre sebegitu yang membuatkan aku membaca untuk sekali duduk. Jadi kawan-kawan marilah membaca karya-karya penulis tempatan. Tak sabar menunggu sambungan kisah Laksamana Sunan - Novel Sutera Bidadari.

Seven On Seven - Moden Kotemporari Restoran

Aku baru mengetahui ada sebuah restoran yang menarik untuk dicuba di Matang terletak di Synergy Square Jalan Matang, dan semestinya menjadi kunjungan utama bagi penduduk yang berada di kawasan perumahan yang berhampiran. Untuk mencari restoran ni mudah saja, apabila anda menggunakan Jalan Matang, cari Courts Mammoth. Masuk ke lorong jalan tersebut dan jalan terus dan belok ke kanan anda akan melihat papan tanda Seven On Seven di lorong tersebut. Apabila melihat restoran berwarna hitam dan oren dan deretan meja makan anda sudah sampai ke destinasi yang dicari.


Suasana makan disini terbuka dan semasa makan dan akan dihiburkan dengan persembahan secara live pemuzik tempatan membuat persembahan secara acoustic. Muzik live ini hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pentasnya yang agak kecil dan boleh memuatkan 2-3 jenis alat muzik diletakkan di luar bangunan restoran untuk menghiburkan pengunjung sambil menikmati hidangan.



Sesuatu yang menarik perhatian aku di sini ialah terdapat sebuah gerai khas menawarkan hidangan kaum Melanau. Pilihan hidangan seperti umai, tumpik dan linut. Inilah pertama kali aku melihat sendiri ada restoran yang menyediakan linut. Masa aku kecil dahulu nenek aku akan menghidangkan linut dengan sambal kacang. Aku dengan sepupu aku yang lain akan berebut-rebut mendapatkan kayu lidi sepanjang batang pensel dan memusing-musing kayu lidi ke dalam mangkuk linut itu seperti gula-gula kapas dan dicicah ke dalam sambal kacang, itu semua menjadi kenangan masa aku masih kanak-kanak.



Di Seven On Seven aku mencuba hidangan mi bandung dan kerana cuaca yang agak dingin aku meminta segelas air teh halia. Sambil menikmati hidangan, lagu-lagu dari pemuzik berkumandang memainkan irama keroncong, sesuai sangat bagi perut-perut orang yang berkeroncong macam aku cari makanan tengah-tengah malam. Dekorasi Seven on Seven agak simple dan kelihatan gambar lama permandangan Pasar Dalat terpampang di dinding luar restoran. Dengan pencahayaan sederhana terang menghidupkan suasana di luar restoran tersebut. Bagi mereka yang sukakan keselesaan, tempat duduk berhawa dingin turut disediakan di dalam restoran tersebut.



Mungkin sekali lagi aku datang ke sani, aku nak mencuba keenakkan linut yang disediakan. Restoran ini dibuka dari jam 6.00 pm hingga pukul 12.30 malam dan tutup pada hari Isnin. Restoran ini juga ada menghidangkan pelbagai jenis makanan Thai, dan keistimewaan makanan Thai di sini, chefnya didatangkan khas dari Thailand yang bertanggungjawab menyediakan hidangan ala-Thai.

Saturday 19 February 2011

Gunung Serapi - Lagenda Cinta Tiada Kesampaian

Setiap kali aku melalui jalan Matang, mata aku pasti akan terpana dengan kemegahan gunung Serapi. Aku suka melihat gunung Serapi pada pagi hari kerana ia masih dilitupi kabus pagi dan awan yang mengindahkan lagi bentuk Gunung Serapi tersebut. Teringin juga aku nak mendaki gunung ini suatu hari (kalau ada group yang nak adakan pendakian gunung Serapi ni pls let me know).Dengan ketinggian 911 meter dari paras laut, ianya terletak Taman Negara Kubah. Di atas puncak tersebut terletak sebuah pemancar telekomunikasi. 





Sejak kecil lagi aku sudah biasa membaca kisah-kisah dongeng dan lagenda. Gunung Serapi pun mempunyai kisah lagendanya tersendiri seperti juga Gunung Santubong. Menurut lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang masyhur dengan kejelitaan adalah puteri kayangan yang diturunkan ke bumi dan merupakan puteri yang diturunkan oleh Dewata Raja Kayangan untuk meleraikan pertelingkahan antara dua kampung iaitu Kampung Pantai Biru dan Kampung Pasir Kuning. Satu lagi versi kedua-kedua puteri ini dikatakan puteri Sultan Brunei yang ditinggalkan oleh tujuh orang saudara mereka di kaki Gunung tersebut semasa rampasan kuasa di Brunei.

Kejelitaan kedua-dua puteri ini menarik minat Putera Serapi dari Matang melihat sendiri kejelitaan kedua-dua puteri itu. Ketampanan dan kegagahan Putera Serapi telah membuatkan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang bertelingkah untuk merebut cinta Putera Serapi lantas menyebabkan Dewata Kayangan Murka lalu mengangkat Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ke langit lalu disumpah Puteri Santubong sebagai Gunung Santubong dan Puteri Sejenjang menjadi Pulau Kera dan bersepaian menjadi Pulau Talang-Talang, Pulau Satang dan Pulau Lakir. Putera Serapi yang kecewa untuk meraih cinta puteri-puteri itu lalu membawa diri ke sebuah gunung dan terus menghilangkan diri dan kini dikenali sebagai Gunung Serapi.Itu merupakan lagenda yang pernah aku baca semasa masih kecil-kecil dulu. Jika dilihat dari jauh Gunung Santubong seperti seorang perempuan yang sedang berbaring dan rambutnya terurai.

Gunung Serapi dan Gunung Santubong mempunyai lagenda yang berkait rapat mungkin ada yang tahu dan mungkin tidak. Jika anda mempunyai versi lain lagenda Gunung Serapi bolehlah kita kongsi bersama. Kanak-kanak hingga yang dewasa mungkin sudah acapkali mendengar dendangan lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang penuh maksud tersirat dan boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

Sanctum Teknologi 3-D Adakah Hanya Satu Daya Tarikan




Baru-baru ini aku menonton Sanctum 3D. Semasa di MBO The Spring Kuching dalam kepala aku ketika itu memikirkan sama ada untuk menonton Burlesque atau Sanctum. Selepas melihat perkataan Sanctum dengan hujungnya 3D dan juga ia diinspirasi dari kisah benar, aku tertarik untuk mengetahui perjalanan cerita tersebut. Trailernya pernah aku tonton dan secara automatik aku dalam kepala ku tergambar sekumpulan penjarah gua telah sesat di dalam gua.



Tambahan pula filem ini diterbitkan oleh James Cameron kerana banyak karya filemnya melibatkan pengalaman di dasar laut, sebut sahaja filem Piranha II: The Spawning dan The Abyss. Namun filem yang pernah membuat aku begitu die hard fans dengan James Cameron ialah Titanic. Kelahiran Avatar juga membuatkan aku teruja menonton teknologi 3-D

Jadi itu tidaklah mengejutkan jika beliau memegang peranan sebagai penerbit eksekutif untuk filem Sanctum-3D tambahan pula pengalaman menyelam di bawah air dirakam secara 3D menggunakan teknik kamera yang sama dia gunakan untuk filem dokumentari seperti  Aliens of Deep dan Ghosts of the Abyss. Filem Sanctum ini memaparkan sekumpulan penjarah gua yang terkandas di dalam gua yang telah dibanjiri oleh air. Gua yang dikatakan terbesar, indah dan mempunyai ruang eksplorasi yang sukar.

Ketua pasukan penjarah gua tersebut Frank (lakonan Richard Roxburgh) digambarkan sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai sifat sentimental atau boleh dikatakan tegas dalam membuat keputusan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana Frank membuat keputusan yang agak drastik terhadap rakan-rakan sepasukannya untuk mengelakkan perjalanan mereka mencari jalan keluar tidak dilengahkan. Turut serta dalam pasukan beliau ialah Carl (Ioan Gruffurd) dan teman wanitanya Victoria (Alice Parkinson), dan anak Frank sendiri Josh (Rhys Wakefield). Dalam pengembaraan mereka mencari jalan keluar dari gua tersebut, semuanya adalah terserah kepada Mother Nature/Human Nature. Saksikanlah sendiri jika ingin mengetahui sama ada kesemua mereka terselamat.

Apa yang ingin aku persoalkan di sini ialah rasanya sebagai penonton membayar RM17.00 untuk mendapatkan pengalaman teknologi 3D tersebut adakah ia berbaloi? Aku akan menjawab tidak, kerana filem Sanctum 3D tidak memberi pengalaman yang menarik untuk ditonton secara 3D. Unsur-unsur drama lebih banyak ditekankan dan sedikit unsur-unsur saspens yang cukup membuat kita takut untuk merasai hidup di dalam gua yang gelap.Tepuk dada tanya selera.