!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 28 May 2013

BOT EKSPRESS KARAM DI BELAGA

Assallamualaikum wbt

Cuti Gawai di Sarawak akan disambut beberapa hari lagi. Namun suatu tragedi telah menimpa kepada penumpang-penumpang bot ekspress yang ingin pulang bercuti bersama keluarga sempena Hari Gawai. Bot ekspress yang membawa penumpang untuk sambutan Hari Gawai dipercayai tenggelam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan. Bot Bakun Mas yang membawa lebih dari 100 penumpang karam antara jam 8-9 pagi tadi berpunca dari masalah enjin selepas melanggar serpihan kayu di sungai itu.



GAMBAR PENUMPANG YANG TERSELAMAT

Apa yang menjadi isu ini ialah bot ekspress tersebut telah terlebih muatan di mana dengan kapasiti hanya 67 orang penumpang pegusaha bot ekspress telah membawa muatan melebihi 100 orang. Adakah pengusaha bot ekspress ingin mengaut keuntungan semata-mata di musim perayaan ini? Setakat ini 181 orang selamat dan 23 orang lagi masih belum ditemui. Diharap pihak berkuasa akan lebih memantau pengusaha bot-bot ekspress yang mungkin cuba mengaut keuntungan pada musim perayaan ini tanpa menghiraukan nyawa penumpang.




2 comments:

  1. tulah...biasa je tengok cam tu....
    sesuka hati je...keselamatan orang memang tak dihakimkan...duit je yang tahu....kalau nyawa tu boleh ditukarkan dengan wang ringgit tak pe juga...nie tak....ingat nak kaya je atas kesusahan orang lain...hihi....

    cik akak pon kalau balik raya penuh sebegini rupa...memang cik akak tak nak naik...biar cik akak tunggu yang lain lagi ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takder alternatif ni jerlah caranya...hopefully projek jalan raya ke kapit belaga tu cepat2 dilaksanakan

      Delete