!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 20 February 2011

Seven On Seven - Moden Kotemporari Restoran

Aku baru mengetahui ada sebuah restoran yang menarik untuk dicuba di Matang terletak di Synergy Square Jalan Matang, dan semestinya menjadi kunjungan utama bagi penduduk yang berada di kawasan perumahan yang berhampiran. Untuk mencari restoran ni mudah saja, apabila anda menggunakan Jalan Matang, cari Courts Mammoth. Masuk ke lorong jalan tersebut dan jalan terus dan belok ke kanan anda akan melihat papan tanda Seven On Seven di lorong tersebut. Apabila melihat restoran berwarna hitam dan oren dan deretan meja makan anda sudah sampai ke destinasi yang dicari.


Suasana makan disini terbuka dan semasa makan dan akan dihiburkan dengan persembahan secara live pemuzik tempatan membuat persembahan secara acoustic. Muzik live ini hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pentasnya yang agak kecil dan boleh memuatkan 2-3 jenis alat muzik diletakkan di luar bangunan restoran untuk menghiburkan pengunjung sambil menikmati hidangan.



Sesuatu yang menarik perhatian aku di sini ialah terdapat sebuah gerai khas menawarkan hidangan kaum Melanau. Pilihan hidangan seperti umai, tumpik dan linut. Inilah pertama kali aku melihat sendiri ada restoran yang menyediakan linut. Masa aku kecil dahulu nenek aku akan menghidangkan linut dengan sambal kacang. Aku dengan sepupu aku yang lain akan berebut-rebut mendapatkan kayu lidi sepanjang batang pensel dan memusing-musing kayu lidi ke dalam mangkuk linut itu seperti gula-gula kapas dan dicicah ke dalam sambal kacang, itu semua menjadi kenangan masa aku masih kanak-kanak.



Di Seven On Seven aku mencuba hidangan mi bandung dan kerana cuaca yang agak dingin aku meminta segelas air teh halia. Sambil menikmati hidangan, lagu-lagu dari pemuzik berkumandang memainkan irama keroncong, sesuai sangat bagi perut-perut orang yang berkeroncong macam aku cari makanan tengah-tengah malam. Dekorasi Seven on Seven agak simple dan kelihatan gambar lama permandangan Pasar Dalat terpampang di dinding luar restoran. Dengan pencahayaan sederhana terang menghidupkan suasana di luar restoran tersebut. Bagi mereka yang sukakan keselesaan, tempat duduk berhawa dingin turut disediakan di dalam restoran tersebut.



Mungkin sekali lagi aku datang ke sani, aku nak mencuba keenakkan linut yang disediakan. Restoran ini dibuka dari jam 6.00 pm hingga pukul 12.30 malam dan tutup pada hari Isnin. Restoran ini juga ada menghidangkan pelbagai jenis makanan Thai, dan keistimewaan makanan Thai di sini, chefnya didatangkan khas dari Thailand yang bertanggungjawab menyediakan hidangan ala-Thai.

3 comments:

  1. cerita pasal makanan lagi... he he he...

    ReplyDelete
  2. baru balik dari sana makan hehehe...

    ReplyDelete
  3. semalam g makan sana.. hehe.. nasi goreng chicken mushroom.. sedap

    ReplyDelete