!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday 13 November 2013

Mengalah Bukan Bererti Kita Lemah Dalam Bercinta...

Assalammulaikum...


Gambar Ihsan Google
Huhuhu...macam-macam cerita bila aku menghilang ek... sampai Cik Akak yang comel tu pun kata aku ni merajuk bawa diri kat batu belah batu bertangkup...Sob sob sampai hati Cik Akak kan... hehehe... Takdelah menghilang mana pun aku menyibukkan diri dengan tugas jer.. Hehehehe.. Ni petang ni aku nak merapu sikit...Tapi ini realiti yang terjadi...

Nak tau kenapa aku menyibukkan diri sebab aku tengah down memang down sangat sebulan lepas huhuhu... Malu plak nak cerita.. Tapi takperlah manalah tau korang ada pengalaman bercinta... Wahhlaweiii aku bercinta...Hahaha... Aku ni payah nak jatuh cinta tapi bila dah jodoh tu nak wat mcm mana kan...

Tak, problemnya macam ni, kenal tu memang lah kat laman sosial korang taulah kat mana kan...Tak yah sebut dah boleh agak... Ingat nak jadikan kawan mula-mula...tup-tup jadi serius pulak huhuhu... Bila dah serius bercinta aku ni payah sikit...Perasaan tu memang letak 100% punya lah kat orang tu (korang janganlah gelak huhuhu)... yelah dah sayangkan...

Nak jadikan alkisah tragedi suatu hari.. Kerana aku tak reply satu sms yang si dia send kat aku... Imagine lepas 3 jam baru aku reply... Sebenarnya aku penat balik kerja tup tup terlelap bawak ke Isya (penat weeiii keja kat plantation)... Sekali ribut taufan datang melanda... Dengan selamba jer aku reply sms dia ni... Tapi takder jawapan... Aku call berkali-kali dia tak jawab...sah memang sah merajuk... Bila aku bukak aku punya facebook aku terbacalah update status dia...adeiii nampaknya semua status tu menuju kat aku... terasa dah buat salah... Tapi bukan sengaja pun... Nampak status dia nak kata nak bersendirian..Okey aku bagi masa... (dia di Sibu aku di Mukah)

Biarlah aku kasi reda dulu taufan haiyan ni... Aku tak call aku tak reply... Memang banyak sms aku hantar sebelum tu tapi tak berjawab... lama jugak aku tak contact dia... Rasa pulak aku nak jadi Mr Arrogant (aku pun nak ego jugak hehehehe)... Betul aku time tu memang down habis...kerja pun tak menentu (tu yang aku malas bercinta weiii)... Budak-budak office memang perasan aku asyik termenung jer....

Aku sengaja menyibukkan diri dengan buat kerja walaupun dalam kepala otak aku fikirkan pasal dia... Apa khabar agaknya dia? Dah makan ker? sihat ker? Nak jumpa memang aku pun kuat gak ngan ego aku huahuahua....

Sampailah satu masa tu aku belek-belek kat FB dia ~andai kata itu takdirnya, aku pasrah tapi aku sangat mrinduinya~ ... nampaknya dia ni rindu kat aku (perahsantan dah aku)... Aku hantar sms mintak maaf kat dia... Dia maafkan aku cuma dia kata dia masih sakit hati sebab aku tak reply sms dia tu...Aku reply lagi yang aku benar-benar mintak maaf walaupun rasanya bukan salah aku tertido pun huhuhuhu... betul tak? betul tak?...Dia yang prasangka macam-macam....

Agaknya kalau aku teruskan ego aku memang dah clash dah... Tapi hati memang dah sayang nak wat camner kan... Tu lah aku malas nak bercinta huahuahua...Hati aku ni kecik jer... Sekali sakit payah nak sembuhnya...Cewahhh...Takpelah at least aku ada gak tempat nak meluahkan kat sini kan...Tapi sekarang kita org dah okey...Harap-harap kekallah huhuhu.... Apa yang aku dapat belajar dari peristiwa ni salah seorang perlu mengalah dalam mengekalkan perhubungan... Ini adalah untuk memastikan hubungan akan berjalan dengan baik..Ego perlu diketepikan walaupun kita tak bersalah sebenarnya... Jangalah pendam lama-lama sangat kalau dah pasangan memohon maaf tu bincanglah baik-baik.. Jangan marah tak tentu hala makin parah pulak hubungan tu kalau dah dua-dua jadi api sorang kenalah jadi air..

Adakalanya pasangan kita ni perlukan ruang masing-masing..Jangan anggap sampai pasangan tak telefon atau sms mulalah nak prasangka bukan-bukan..Bukan maksud nak mengabaikan pasangan masing-masing..Adakalanya macam aku ni perlukan tempat untuk melepaskan tekanan lepas kerja...Yelah melepak ngan kawan-kawan kat mana-mana ker... Kalau yang pompuan tu paham-paham jerlah mesti shopping nak release tension...betul tak? betul tak? hehehehe (jangan marah yer org pompuan)... Tak bermaksud kita ni lupakan pasangan masing-masing... Give and take kata orang puteh... hehehe...

Dah-dah aku ni melalut... lepas kejadian tu aku dah okey sikit.... yelah hati sensitiflah katakan... Nasib baik masih mampu bedal 2-3 mangkuk laksa Sarawak... Kalau merana sampai tak makan tu tak taulah aku... Huhuhuhu....

Okeylah ni lah penyebab aku menghilang kat dunia blog ni sekejap.. Masa aku menghilang aku sempat ke Penang dan KL jap tenangkan hati hehehehe... (diam-diam aku gi Penang bawak diri tak bagi tau korang hehehe)... Janganlah gelak baca...segan plak bila dah cerita ni

16 comments:

  1. Penangan bercinta rupanye...Jgn lama2, elok cepat2 kahwin jer.
    Bercinta selepas kahwin lagi best! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...doa2 kanlah...nak kumpul duit nak meminang anak org ni

      Delete
  2. byknya laksa swak ktk mkn..berik semangkok eh..
    bena bah mun mengalah x berti kita salah n kalah...ya namanya memberi ruang...x sangka ktk mbak diri smpe ke penang n kl nun..mok ekot..lamak x rawon2 eh

    ReplyDelete
  3. patutlah adhie menyepikan diri saja.. syukur semuanya kembali pulih seperti biasa.. jangan tunggu lama-lama adhie, nanti terus pinang saja si dia dan kahwin.. setuju dengan kata-kata Bin Muhammad tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau ada jodoh tak kemana... nak meminang anak org ni kena standby duit nak meminang huhuhu

      Delete
    2. betul tu.. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.. niat baik insya-Allah akan diberkati oleh-Nya..

      Delete
  4. Assalammualaikum Adhie, hmmm adhie frust rupanya, isk isk isk, takper kuat kan semanggat, bunga bukan sekuntum, dia tak nak cari je yang lain, tak pun act cool je jodoh pasti datang. Insyaallah.

    is tangkap burung churpchurp

    ReplyDelete
  5. hehehehe..patut la lama menyepi..kita pun dah rindu nak baca entri adhie ni...

    ReplyDelete
  6. Incik Boss kamek selalu jadi mangsa agik2 bila ada pegawai melawat. Slalu jark kenak kerepak kamek. Tapi nya dah biasa. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kenak kerepak ya...bayangkan org ya DJ Radio kita nengar jaklah...lepasnya ngerepak cuba request lagu hehehehe

      Delete
  7. wah... gara2 lambat balas sms tiga jam... apa agaknya kejadian2 yg lain terjadi kalau tersilap langkah? hurmmm... sabar jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... agaknya masuk majalah Mangga kowt huahuahuahua

      Delete
  8. crime scene investigation... boleh?

    ReplyDelete