!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 25 November 2013

MUSIM BUAH TIBA LAGI


Assalammualaikum...

Musim buha kembali lagi.. Kalau yang ada dusun buah-buahan tu untunglah.. Time ni kena baik-baik ngan member-member yang ada dusun buah-buahan (motif berkawan hahaha)... Kalau kat Sarawak sekarang ni tengah meriah dengan buah durian, buah dabai dan buah engkalak..

Tengok gambar atas ni... Ni memang menu tradisional orang melanau ada sayur midin, sagu, buah dabai, engkalak (kaler pink org melanau panggil buah tebuluh) sedap buah ni makan dengan nasi... 


Yang kat atas ni siapa tak kenal.. Raja segala buah, buah durian... Mula-mula dijual harga mencecah sampai RM15 sebijik, tapi sekarang dah murah sebab banyak dah dijual.. Kalau driving dari Sibu ke Mukah, kat tepi-tepi jalan banyaklah orang-orang kampung yang jual buah durian ni...


Yang atas ni pulak..Hitam-hitam jangan sangka tak sedap.. Kalau dapat ni makan dengan nasi panas memang layan habis... Apa orang kata mak mertua lalu pun buat derk jer hahaha... Ni lah buah dabai.. Buah ni kena rendam dalam air panas sekejap bagi isi dia lembut.. Ada orang makan digaul dengan garam atau kicap.. Aku lebih suka kosong jer.. Makan dengan nasik panas-panas.. Biji dia jangan dibuang sebab dalam biji tu ada isi yang boleh dimakan lebih kurang macam isi kuaci... Biji tu dibasuh dan dijemur di tempat panas... Belah dua dan cungkil isinya... Masa baru musim buah ni sekilo harga RM20... pitamss


Yang ni buah engkalak... Kaler pink.. Kat Semenanjung tak tau panggil apa.. Kalau orang Melanau panggil buah tebuluh..Sama jugak macam dabai makan dengan nasik macam tu jer... Weekend aku merajinkan diri aku melawat kawan-kawan yang ada dusun buah dengan motip nak makan buah-buahan free hehehe..

9 comments:

  1. Amboi uncle...hihi...
    banyak menu melanau sia nak...
    dabei ya...buang kulit nak hitam ya..sedap gik..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Cik Akak pakcik makan ngan kulit2 sekali dabey ya...huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam ptg..pelik2 nama buahnye ye..hehe

    ReplyDelete
  4. Kmk sik suka dabai.. Hahaha. Engkalak best :D

    ReplyDelete
  5. musim sakit tekak juga kan adhie?heheheh.

    ReplyDelete
  6. Macam-macam buah ya. Yang dua bawah tu tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  7. Wah2... Rambang mata tengok buah2 kat sini. Sedap ni...

    ZH Blogger

    ReplyDelete