!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday, 5 November 2013

REVIEW FILEM : THOR THE DARK WORLD

Assalammualaikum..

Wah lama dah aku tak update blog ni kan... Huhuhuhu balik jer dari KK hari tu lots of things happened ada yang baik ada yang buruk... Kalau aku nak cerita agak berjela-jela... Apa khabar teman-teman bloggers *rindu korang semua ehem ehem hehehe*... Salam Maal Hijrah 1435 H...

Since ni hari pertama aku kembali berblogging, mesti ramai yang dah nonton Thor : The Dark World.. Kalau yang belum tu ni aku nak share sikit pasal filem ni.

Selepas Man of Steel dan Iron Man 3, pawagam mula diterjah dengan kehadiran superhero Marvel yang memang hebat dengan kuasa masing-masing. Kali ini Thor: The Dark World telah memulakan tayangan pada 31 Oktober yang lalu dan aku berkesempatan untuk filem aksi superhero semalam.

all poster Review Filem Thor l The Dark World


Sinopsis :

Selepas satu tahun kisah The Avengers, Thor : The Dark World kali ini akan bertemu dengan musuh dari zaman kuno iaitu Malekith yang cuba menjadikan alam semesta ke dalam dunia kegelapan. Keadaan ini telah mempertemukan kembali Thor dan Jane Foster kerana Jane memiliki kunci untuk membuka kuasa kegelapan yang diinginkan oleh Malekith. Musuh terbaru Thor, Malekith telah berjaya memecah masuk Asgard untuk mendapatkan Jane yang bercadang untuk terjun alam semesta dan menjadi Nine Realms dalam kegelapan. Odin dan Asgard tidak boleh mengatasi musuh primitif ini dan sekali lagi Asgard dan dunia berada dalam medan pertempuran.

Review Aku :

Pembuka tirai filem ini kita akan dibawa ke zaman silam dengan memperkenalkan musuh Asgard iaitu Malekith yang cuba mendapatkan kunci yang mampu menakluki dunia... Kunci itu ialah Aether. Namun ia telah ditanam di tempat yang tidak dapat dikesan. Akhirnya Jane Foster yang berada di bumi secara tidak sengaja telah menemui kunci tersebut dan merasuk badannya dan telah membangunkan semula Malekith.. Situasi ini telah mempertemukan Thor dan Jane dan menyebabkan Jane dibawa ke Asgard.

Loki yang dikurung di Asgard telah bergabung dengan Thor untuk menentang Malekith. Aku sukakan babak apabila Loki menukarkan dirinya kepada Captain America walaupun sekejap namun agak lucu. Memang tidak dinafikan visual 2D dan efek dalam filem ini terbaik terutama kota Asgard yang mengagumkan dan detik pertempuran Thor dengan puak primitif dari zaman silam. Aksi yang hebat aku rasa menjadi kekuatan utama filem ini dan korang  akan terus lekat di kerusi panggung. Aku memang berpuas hati dengan jalan cerita yang tidak meleret dan sound efek yang memang WOW. Sukar dipercayai Loki sanggup mengorbankan nyawanya untuk Thor... Tapi apa-apa pun korang kena tunggu kesudahan cerita tersebut..there is a twist in the ending

Rating; 4/5

17 comments:

  1. mesti menyeramkan ala-ala LOTR. Dulu saya ingat heronya Brat Pitt, bila tengok betul2 rupanya Liam Hetsworth

    ReplyDelete
  2. cik akak tak tengok lagi...huhu

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah..nanti ad masa blh pegi tengok..hihi

    ReplyDelete
  4. wah..hebat ni kalau adhie dah review..lama nyer adhie menghilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak menghilang Kathy ada sini...cuma bz sikit ngan keja

      Delete
  5. mcm best jak cita tok.. nk ngga klk.. hehe


    Terima kasih kerana sudi komen kat blog Ejulz. Lihat senarai pengomen tegar kat blog Ejulz.. Anda tersenarai.. "Pengomen Tegar bagi Bulan Mac hingga Oktober 2013"

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. terbaik... kalau dah tengok Thor 1 dan Avengers..yang ni adalah sambungan utk 2 cerita tu

      Delete
  7. Lama xlyn wayang....bika ka nk tgk agk ye...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tunggu DVD lama lagi ni...kalau minat filem aksi memang ter

      Delete
  8. memang sangat best..sampaikan sy tgk cite ni untuk kali kedua..

    ReplyDelete