!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday, 27 December 2011

Ombak Rindu - Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah........



Dah lama tak update blog aku ni, cuti-cuti macam ni ambik peluang update blog aku yang tak seberapa ni. Okey semalam aku baru berkesempatan menonton filem Ombak Rindu yang kini dengar khabar telah mencecah RM12 juta, ternyata penangan adaptasi novel ke filem begitu hebat sekali. Show kelmarin pukul 5.00 ptg memang full house, dan aku agak terlewat sikit ke panggung jadi duduk di bahagian depan. Aku pun mula-mula hairan jugak kenapa cineplex di Sibu ni agak lewat menayangkan filem ni setelah Ombak Rindu beberapa minggu ditayangkan di pawagam-pawagam lain.

Rata-rata sesiapa yang lepas menonton filem ni akan meletakkan status mereka di Facebook; "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..."

Aku pernah membaca novel ini semasa aku masih lagi bergelar mahasiswa, waktu itu novel Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah Ashari memang mendapat sambutan. Novel ni disambung lagi dengan rentetan kisah cinta Izzah dan Hariz dalam Rindu Cintaku dan Cinta Tiada Akhirnya....mungkin filem ini akan ada jugak kesinambungannya kita tunggu jelah atau Ombak Rindu The Series... :p



Sinopsis filem:
Izzah gadis kampung dibawa oleh pakciknya ke bandar dan dijual di sebuah kelab malam untuk dijadikan pelacur. Peristiwa hitam itu telah mempertemukan Izzah dan Hariz yang menjadi pelanggan pertamanya, dan Hariz telah membelinya untuk dijadikan perempuan simpanan. Rayuan dan tangisan Izzah memohon agar dirinya dinikahi dan dia berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri membuatkan Hariz menikahinya. Izzah dan Hariz menikah secara senyap walaupun Hariz tiada mempunyai perasaan terhadap Izzah.

Ego seorang lelaki akhirnya tewas dengan layanan si isteri yang tiada pernah jemu memberi layanan yang mesra walaupun sering di herdik dan ditengking. Ketika cinta mula hadir di hati Hariz terhadap Izzah, Hariz dipaksa bernikah dengan Mila seorang pelakon popular. Hariz pada mulanya menentang perkahwinan itu namun terpaksa tunduk kepada kehendak keadaan. Ketika inilah pelbagai pergolakan berlaku di dalam percintaan Hariz dan Izzah.

My review:
Sebelum menonton cerita ni memang aku tak harap sangat jalan ceritanya sama seperti novel. Novel yang mengambil masa mungkin 4-5 jam untuk dihayati mungkin agak sukar untuk digarap semuanya menjadi sebuah naskah filem. Dulu aku pernah kecewa dengan novel Lagenda Budak Setan yang pernah diterjemahkan ke layar perak.

Ombak Rindu versi Osman Ali telah digarap dengan baik walaupun ada sedikit kecacatan kecil yang dapat kita lihat. Bagi aku sesiapa yang tidak pernah membaca novel ini masih boleh memahami jalan cerita filem ini walaupun jika dilihat ada beberapa watak dirombak dan jalan cerita diolah dan divisualkan dalam filem 2 jam sahaja.

Maya Karin (Izzah), mungkin ramai yang masih belum dapat menerima dia memegang watak ini termasuklah aku kerana bagi aku Maya Karin hanya sesuai membawa watak gadis moden. Bagi aku Lisa Surihani lebih sesuai memegang watak Izzah yang banyak bermain air mata. Aaron Aziz (Hariz), tak payah dipertikaikan lagi lakonannya yang memang pada permulaan jalan cerita agak kasar masa dia ketuk pintu villa tu pun macam taiko yang nak meroboh pintu rumah ala ala Along nak collect hutang hehehe...Lisa Surihani (Mila), mungkin ada beberapa scene kita lihat watak garang Mila agak over, yelah dalam filem ni dia jadi anak yang biasa dimanjakan keluarganya dan mendapat apa saja yang dia mahu, hinggakan perkahwinan dia dengan Hariz pun  diteruskan atas kehendaknya...NO EXCUSES huhuhuhu. Bront Palare (Mail), pemuda kampung yang mencintai Izzah, dia berjaya membawa watak Mail dengan gayanya tersendiri.Azizah Mahzan (Datuk Sufiah), tak perlu aku cakaplah memang lakonan dia ni OVER THE TOP sebagai wanita konglomerat.

Aku memuji dengan olahan  Osman Ali yang berjaya membuai perasaan penonton untuk mendalami jiwa Izzah dan Hariz. Mungkin ramai yang berlinangan air mata ketika menonton cerita ini. Walaupun ada beberapa kecacatan pada filem ini namun masih boleh dimaafkan lagi bagi aku kot hehehehe...

Pak Dollah yang secara tiba-tiba datang ke rumah Hariz dan menyatakan kepada Datuk Sufiah bahawa Hariz adalah anaknya. Rasanya tak salah kalau pengarah mungkin boleh memasukkan elemen imbas kembali bagaimana suami Datuk Sufiah merayu kepadanya menyerahkan Hariz... Masa aku menonton ni, ramai yang ketawa melihat Zaidi Omar (Pak Dollah) mengajuk rayuan itu...I think better dalam flashback....Pada awal cerita itu pun kalau dilihat Izzah ada mengutip seekor anak kucing dan membawa balik ke Villa, yang aku hairan tu sampai kat rumah anak kucing tu dah jadi besar pulak agaknya dalam perjalanan ke villa tu Izzah bagi baja lembu kot hehehehe....

Sinematografi filem ni memang menarik dan cantik dan keindahan laut ombak yang menghempas pantai sesuai dengan tema filem ini. Permandangan luas saujana mata memandang, Tanah Tinggi Cameron memang membuai perasaan dengan jalan cerita yang penuh melodrama ni.



Tahniah buat Osman Ali kerana berjaya menggarap naskah novel Ombak Rindu dengan baik sekali. So hopefully akan ada kesinambungan kisah cinta Izzah dan Hariz ni sepertimana novelnya...dengar cerita coming soon Ombak Rindu The Series (hurmmmm)

Rate : 4 Bintang

1 comment: