!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 8 June 2013

ADA APA DI MUKAH?

Assalammualaikum wbt..



Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kedua aku bekerja di bandar Mukah. Sejak dipindah kerja di sini, aku rasa kat sini lebih kurang sikit stressnya sebab takdelah mengadap traffic jammed seperti di bandar-bandar besar. Asal aku pun dari Sarawak juga, berasal dari Sibu sebelum ni aku bekerja di Kuching. Biarlah aku cerita sikit pasal Mukah ni.


KAWASAN PERUMAHAN KUARTERS AKU

Bandar Mukah antara bandar yang dikenali dengan hasil tangkapan laut kerana lokasinya yang terletak menghadap Laut China Selatan. Kalau dari Sibu perjalanan melalui jalan raya mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Selain jalan raya, laluan udara boleh digunakan yang disediakan oleh MasWings menggunakan pesawat Twin Otter sama ada dari Kuching atau Miri dan penerbangan ni mengambil masa 1 jam. Bagi yang nak merasai kelainan boleh juga menggunakan perkhidmatan bot-bot ekspress yang menghubungkan  bandar Dalat (30 km dari Mukah) ke Sibu. Perjalanan bot ekspress ni mengambil masa lebih kurang 2 jam.

PASAR MINGGU MUKAH

PASAR JUALAN KUIH TRADISIONAL 

PASAR IKAN MUKAH

Keunikan Mukah ni ialah majoriti masyarakatnya adalah etnik Melanau. Kedatangan agama Kristian dan Islam sedikit banyak merubah kepercayaan etnik Melanau yang suatu ketika dahulu berpegang kepada kepercayaan pagan. Masih ada lagi kaum Melanau yang mengekalkan kepercayaan pagan ini dan mereka dikenali sebagai Melanau Likou. 




Mukah juga terkenal dengan industri sagu. Kalau ke Mukah memang tak sah membeli sagu ni. Kalau nak beli cuba cari Sagu Medong sebab sagu ni yang paling sedap. Tebaloi, tepung lemantak dan kuih sepit boleh juga didapati di Mukah. Kuih sepit yang paling popular ialah kuih sepit Kg Judan. Bagi yang suka mecuba sesuatu yang baru, kat Mukah ni ada dijual ulat sagu kalau di Mukah dikenali sebagai Si'et. Aku sendiri pun tak pernah lagi makan ulat ni hehehehe...

ULAT SAGU / SI'ET





PASAR LAMA MUKAH

MASJID SETIARAJA MUKAH

MENARA PEHIN SETIA RAJA MUKAH


Setiap tahun Pesta Kaul di adakan di Mukah pada bulan April. Kat sini korang boleh menyaksikan kesenian dan kebudayaan suku kaum Melanau. Paling best kalau dapat melihat sendiri upacara ritual pesta kaul yang masih lagi diamalkan oleh suku kaum Melanau. Kalau nak melihat rumah tradisional Melanau boleh ke Lamin Dana (dalam bahasa Melanau klasik maksud Rumah Lama) yang mempamerkan kostum, kraftangan dan sebagainya dari kumpulan budaya Melanau.

PESTA KAUL MUKAH







No comments:

Post a Comment