2nd entry untuk tahun 2015 hehehe... Nak mula start berblog kembali dan share apa yang patut...
Yang sedang mencari-cari pusat gimnasium di sekitar Kuching mungkin boleh try tempat ni... Level Up Fitness Centre yang terletak di Jalan Padungan belakang bangunan bank HSBC... Dulu masa kerja kat Kuching memang aktif ke sini... jaga badan kata orang... Bila transfer ke Mukah stop gym dan badan pun naik mendadak... Makin pulak aku ni jenis suka makan...
Level Up Fitness Cawangan Padungan (Ihsan Google) |
Level Up Fitness ni kira yang terbaik yang aku rasa setakat ni sekitar Kuching namun yurannya memang agak mahal tapi memang berbaloi dengan harga dan fasiliti yang di tawarkan.. Okey nak jadi member korang akan dikenakan yuran kemasukkan RM189.00 dan kontrak setahun dengan bayaran RM149.00 bulanan... Yang ni kira kena komited lah sebab gym ni dia akan ambik detail credit card/debit card dan akan automatik debitkan bayaran RM149.00 setiap bulan.. Kalau tak pergi memang rugilah kan... Tapi still ada pilihan lagi kalau tak join member.. dan hanya sekali-sekala jer pergi.. Boleh pilih untuk harian RM45, mingguan RM100 dan bulanan RM220.. Yang ni tak terikat dengan kontrak... Aku pilih yang bulanan sebab kekadang kekangan kerja jadi tak dapat pegi selalu..
Daftar dan pilih lah nak Workout yang mana |
Bila dah join member korang akan diberi kad akses untuk menggunakan semua fasiliti dalam gym termasuklah sauna (ada hari tertentu jer untuk lelaki dan perempuan), peralatan gym, bilik mandi (hot and cold shower) disertakan dengan tuala sekali...
Apa yang menariknya gym ni ialah pelbagai workout yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian stamina.. Seperti Body Combat, Body Pump, Yoga, Body Attack, Body Jam, Abs Express dan lain-lain lagi... Biasanya aku ikut session Body Combat dan Body Pump sebab yang ni memang betul-betul mencabar stamina...
Body Combat ni gabungan Muay Thai, Karate dan Taekwando.. So workout ni melibatkan seluruh badan.. Follow jer instructor depan dan kita ikut dengan rentak muzik yang memang rancak... Satu jam kita akan tumbukan dan tendangan dengan mengambil corak seni mempertahankan diri boxing, Capoeira tu semualah... Memang release stress dan membakar kalori sehingga 740 kalori.. Memang seronoklah..dalam group ramai-ramai jangan risau kalau korang baru kali pertama.. Instructor akan guide satu persatu.. yang penting dapat keluarkan peluh...
Satu lagi workout yang aku suka ikut ialah Body Pump... Yang ni banyak melibatkan workout angkat berat... Seluruh badan untuk membentuk biceps, triceps, menguatkan otot bahu dan kaki.. Kalau yang rasa nak build muscle boleh pilih kelas ni... Jangan terkejut perempuan pun ramai jugak ikut kelas ni.. Seperti Body Combat... Body Pump pun ada instructor kat depan yang kita akan follow.. Workout ni pun diiringi muzik-muzik yang rancak untuk motivate kita,,, Ikut kelas tak payah bayar apa masuk je ke gym korang boleh terus join kelas no additional fees
Body Pump (Ihsan Level Up Fitness Facebook Page) |
|
nak sihat dan nak keluarkan peluh bolehlah berkunjung ke gym... Memang mahal sikit tapi agak berbaloi untuk fasiliti dan kelas yang ditawarkan...Happy workout...
Ehek gambar baru-baru pegi gym |
hahaha yalah tek apa badan makin tembun jak...
ReplyDeleteLamanya adhie tak blogging..
ReplyDeleteTu lah kathy lama dah tak blogging... kekangan masa dan penyakit "M" menyerang
Delete