Assalammualaikum.. tak jawab dosa...
Recently dengar cerita ramai dah yang beralih arah kepada novel Indie (aku baru lagi)...seperti satu trend baru ramai yang telah mula terjebak dengan novel indie. Mungkin ia masih baru di pasaran. Macam aku pun baru mula terjebak dengan novel Indie ni. Kalau pergi MPH memang tersusun novel Indie dalam satu rak khas..mungkin kulit buku kurang menonjol berbanding dengan novel-novel komersial yang sekarang ni banyak sangat menyentuh isu-isu cinta yang bagi aku makin klise... Kenapa aku katakan klise sebab jalan cerita hampir sama..cuma watak yang masih berubah... Mungkin sebab itu aku cuba beralih-arah kepada novel Indie pula...
Belum banyak penerbit yang menerbitkan novel Indie.. kalau aku sebut Karya Seni, Alaf 21, Karangkraft, Kaki Novel secara automatik ramai kaki novel dah familiar sangat-sangat... Setakat aku ketahui sekarang ni ialah Dubook Press (agak unik namanya...atau pelik sikit hehehe).. Jadi kira nak bagitaulah aku ni baru nak berjinak-jinak dengan genre novel indie ni.. So buku pertama yang aku beli ialah Terima Kasih Si Babi Hutan-Tuhan Kini Aku Kembali penulisnya Ismail Ariffin @ Lepat..
Kenapa aku beli buku ni kerana tajuknya nampak provokatif buat aku tertarik.. Dan satu lagi aku membaca kandungannya adalah penceritaan kisah hidup sebenar penulis tentang isu perebutan hak penjagaan anaknya dengan isteri dari luar negara.. Dan kes ni pernah menjadi bualan hangat pada tahun 90-an (aku pun baru tahu..check dengan pakcik google hehehe)
Apa-apa pun aku trylah nak hadam buku ni..boleh masuk ke tidak.. Hopefully bolehlah kan... Cuma gaya bahasanya yang agak mungkin janggal sedikit berbanding bahasa sastera novel.. Lagipun aku rasa target market novel ini lebih kepada generasi baru yang sudah berfikiran baru dan mindset yang lebih berjiwa muda.. lihat sahaja kepada cover buku yang bercorak abstrak dan lukisan yang agak bebas dan mengandungi maksud tertentu.. (aku pun kira dah tua tapi dah jemu baca novel cinta saja try nak beralih arah pulak)...
Bermulalah pengembaraan minda aku untuk mendalami novel indie ni...
No comments:
Post a Comment