!TEMAN-TEMAN BLOG!

Wednesday, 27 July 2011

Dalam Mihrab Cinta - Menitiskan air mata cinta pada-Nya



Sekarang ni macam musim pulak banyak filem dan drama diadaptasi dari novel-novel yang popular. Kalau suatu ketika dulu juga karya Khadijah Hashim seperti Mira Edora dan Laila Azwa Gadisku pernah diterbitkan dalam bentuk drama dalam filem. Bercerita pasal novel, baru-baru ni aku membeli DVD Dalam Mihrab Cinta, hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Aku mula mengenali karya beliau ni selepas menonton filem Ayat-Ayat Cinta sedang meletop. Filem Dalam Mihrab Cinta ni diarahkan sendiri oleh beliau.

Filem ni mengisahkan seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Harlino) yang berhasrat belajar di sebuah sekolah pondok di Kediri. Dalam perjalanannya ke Kediri dia mengenali Zizi (Meyda Sefira) adik kepada pemilik sekolah pondok di Kediri tu. Namun perkenalan Zizi dan Syamsul membuatkan Burhan (Boy Hamzah) iri hati. Syamsul telah dituduh mencuri dan difitnah oleh Burhan teman sebiliknya tu. Fitnah itu telah menyebabkan Syamsul dibuang dari sekolah tu, dan kembali ke kampung halamannya. Malangnya keluarga Syamsul sendiri juga tidak dapat menerima dirinya yang telah dituduh menjadi pencuri.

Syamsul lalu membawa dirinya ke ibu kota dan mula terjebak sebagai penyeluk saku. Secara tidak sengaja dia telah ditawarkan menjadi guru mengaji. Kegiatannya sebagai penyeluk saku masih diteruskan dan dalam waktu yang sama dia juga dipandang mulia kerana digelar ustaz. Apabila dia mengenali Syilvie (Asmirandah) seorang gadis yang solehah, hidup Syamsul telah berubah dan telah bertaubat dari melakukan kegiatan menyeluk saku. Klimaks cerita ni apabila Syamsul terpaksa memilih antara dua gadis iaitu Zizi dan Syilvie. Siapakah yang bakal menjadi pilihannya? Korang nonton sendiri ya...

Menonton filem Dalam Mihrab Cinta ni memang sangat santai, jalan ceritanya pun mudah difahami. Unsur-unsur dakwah memang tidak diketepikan dalam filem ni. Apa-apa pun karya Habiburrahman El Shirazy memang terbaik. Bagi yang belum menonton tu dapatkan segera DVD di pasaran

No comments:

Post a Comment