!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 17 July 2011

Kak Lehot - Mulutnya Memang Berbisa

Sebut sahaja nama Kak Lehot, memang orang akan kenal siapa dia. Namun dia hanya dikenali melalui kata-katanya yang agak berbisa dengan menggunakan dialek bahasa Sarawak. Kak Lehot telah menjadi fenomena baru bagi pendengar-pendengar Cats FM. Isu-isu yang disuarakan oleh Kak Lehot selalunya berkaitan dengan isu-isu realiti masyarakat. Rancangan ini ke udara dalam segmen "Zon Inggar". Bagi yang kurang arif bahasa Sarawak tu Inggar ni maksudnya "menyampah" dalam bahasa rasmi.

Rugilah bagi yang belum mendengar celoteh kak Lehot yang berbisa ni setiap pagi jam 8.30 pagi di Cats FM. Kadang-kadang tu orang Sarawak sendiri pun tak paham perkataan yang disebut Kak Lehot ni sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa orang-orang lama. Kiranya macam kita mendengar nenek kita "ngerepak" (membebel) macam tu lah lebih kurang.

Mungkin ada jugak yang kurang selesa dengan kata-kata Kak Lehot ni, tapi jika kita buka fikiran dan minda kita, apa yang diperkatakan oleh Kak Lehot tu adalah realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat kita. Isu-isu seperti pukul isteri, jurujual yang tak nak senyum, minah rempit dan sebagainya adalah satu sindiran buat kita. Ini secara tidak langsung membuatkan kita berfikir atas kealpaan kita sendiri. Kak Lehot juga secara sinis menyindir orang-orang pergi ke kenduri kahwin yang suka menayang-nayang barang kemas masing-masing, apa-apa pun memang itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita.


Kak Lehot popular dengan tag-linenya "Kau tek kacak!". Tag-linenya kini sering disebut oleh orang tempatan terutamanya di Kuching. Tapi hati-hati yer, bagi yang kurang arif dengan bahasa Sarawak jangan sebut sebarangan. Tak pasal-pasal lebam biji mata. Tag-line ni boleh jadi gurauan jika disebut dalam intonasi yang betul. Salah sebut orang akan ingat kita ni sengaja carik pasal.

Apa-apa pun Kak Lehot memang makin popular, korang boleh check facebooknya, tapi takde gambar menunjukkan siapakah Kak Lehot sebenarnya. Gambar profile Kak Lehot dalam Facebook gambar kartun digambarkan sebagai seorang wanita dalam usia nenek-nenek, yang bersanggul tinggi dan memakai skirt pendek, duduk di atas kerusi pejabat. SIAPA KAK LEHOT?????

Untuk pengetahuan korang boleh dengar segmen Kak Lehot setiap Isnin-Jumaat, jam 8.30 pagi. Kalau terlepas jangan risau, lawati laman web Cats FM dan korang boleh dengar siaran ulangan segmen Kak Lehot.

No comments:

Post a Comment