!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday, 10 December 2012

3000 km Mencari Cinta...Istanbul Aku Datang



Hai guys lama dah tak update blog ni..

Siapa dah nonton Istanbul Aku Datang...Ramai jugak orang yang bercerita pasal filem ni. Aku pun sampai terjebak dengan melanggan Astro First semata-mata nak menonton filem ni. Jadi masa balik kampung duduk rumah tak tahu apa nak buat aku terus melanggan. Frankly says memang aku takder lah minat Lisa Surihani ni hehehe (sorry Lisa). Apa-apa pun memang tak rugi aku melanggan.

Jalan cerita filem ni memang santai, kisah Dian (Lisa Surihani) yang datang ke Istanbul untuk berjumpa dengan kekasihnya Azad (Tomok), dengan harapan Azad akan melamarnya. Sewaktu di Istanbul Dian telah ditipu oleh jiran pemilik rumah sewanya, di mana rumah yang disewanya tu sudah disewa oleh orang lain iaitu Harris (Beto Kusyairy). Di sinilah bermula babak-babak lucu hingga menyebabkan Azad salah sangka apabila mendapati Harris dan Dian berkongsi rumah. Konflik pula timbul bila Dian mengetahui Azad mempunyai teman wanita. Di sinilah kehadiran Harris mula merubah segala-galanya. Siapakah yang menjadi pilihan Dian...Azad atau Harris. Penghujung cerita korang akan tahu sendiri...tak nak spoil mood korang nonton movie ni.

Komen aku...cerita ni memang santai dan straight forward. Lisa Surihani memang sesuai dengan watak gadis yang comel-comel tapi kadang-kadang cepat merajuk. Tomok...hurmmm lakonan masih boleh dipertingkatkan lagi, digandingkan dengan Lisa Surihani I dont think they have chemistry there...(just my opinion)...Beto Kusyairy lakonan dia memang boleh dipuji, wataknya sebagai Harris fun dan romantik dilakonkan dengan baik. Babak Lisa dan Beto gaduh pasal Maggie Asam Laksa....confirmed ramai yang carik Maggie Asam Laksa lepas nonton filem ni.

Skrip karya Rafidah memang menarik dan penyampaian cerita mudah difahami dan takde berbelit-belit. Pemilihan lagu latar memang sesuai dengan babak-babak tertentu dalam filem ni. Aku memang tak boleh lupa babak rambut Dian dicuci oleh Harris selepas berlaku pertengkaran di rumah Azad. Memang sedih dengan lagu latar Patah Seribu oleh Shila Amzah. Kekuatan filem ni adalah pada jalan ceritanya, memang nampak feminin di selang seli dengan babak Dian mengemaskini blognya memang cute :). Keindahan kota Istanbul tak banyak dipaparkan...hanya beberapa scene sahaja mungkin kerana plot cerita tertumpu kepada konflik 3 watak utama ni. Tapi itu masih tidak mencacatkan jalan cerita ni.

Apa-apa pun memang filem ni filem wajib tonton buat semua orang. Arahan Bernad Chauly memang tidak mengecewakan selepas kejayaan filem Pisau Cukur.

Aku rate 4/5 bintang.....

No comments:

Post a Comment