Arah ke Hotel Naza Tallya Hotel |
Melaka Sentral |
Alhamdulillah plan aku nak ke Melaka, Singapura dan Johor Bahru semuanya tercapai. Ambik cuti seminggu bermula 3hb-8hb April untuk menjelajah 3 tempat ni kira backpackers punya style bersama 2 org lagi rakan aku. Pada 4hb April kita org ambik bas dari Terminal Bas Larkin JB, memang takde pilih2 dah terus ambik mana2 bas paling awal untuk ke Melaka. Hotel dah aku booking melalui Agoda.com dan pilihan ialah Naza Tallya Hotel.
Zack dan Adi member hardcore traveller |
Perjalanan dari JB ke Melaka lebih kurang 3 jam, sepanjang perjalanan memang tidur jelah dalam bas yelah penat kan dengan backpack yang berat2. Sampai di hotel terus check-in dan plan nak ke Kota A Famosa petang tu. Dah lama dah aku tak jejak kaki ke Melaka ni...last aku ke Melaka ialah masa masih bersekolah menengah..tak silap aku masa aku form 2 time tu aku masih bersekolah di Kuala Lumpur.
Macam ni keadaan bilik bila melancong |
Naza Tallya hotel ni kira jauh jugaklah kalau nak ke Kota A Famosa...mula2 tu ingatkan nak berjalan kaki (based ngan review dalam agoda.com tu hotel ni dekat jer- tak leh caya jugak ngan review2 ni kadang2 huhuhu) apa-apa pun kita org naik teksi ke Kota A Famosa. Teksi dari area hotel kitaorg tambangnya RM12...okeylah dari menapak jalan kaki. Kawasan bersejarah ni terletak kat Bandar Hilir Melaka..1st time aku pegi dulu belum ada lagi bangunan tinggi2 kat area ni...memang jauhlah berubah... Kalau korang nampak Mahkota Parade tu..memang dah sampailah kat area kawasan bersejarah A Famosa tu....
Tak sabar kaki aku nak mendaki bukit St Paul ni...peninggalan sejarah yang paling terkenal di sini ialah Kota A Famosa yang hanya tinggal pintu kotanya sahaja di kaki Bukit St Paul yang juga dikenali sebagai "Porta De Santiago". Puas bergambar di bawah kaki bukit...Kami mendaki anak tangga Bukit St Paul...Dalam bahasa portugis Kuno...A Famosa ni bermaksud Yang Hebat yang merujuk kepada kehebatan pembinaan struktur Kota itu sendiri...Panorama dari atas bukit ni memang mengagumkan kerana lokasi pembinaannya yang strategik dibina pada zaman penjajah portugis bagi mengawal selat melaka..
Dah habis posing sana-sini kat Kota A Famosa ni, kami cuba pulak menaiki Menara Taming Sari. Menara Pandang dengan ketinggian 110 meter terletak bersebelahan Dataran Pahlawan. Kalau nak melihat Bandar Hilir Melaka dengan lebih jelas bolehlah menaiki menara pandang ni kerana ia akan berputar 360 darjah dan korang akan dapat melihat panorama Bandar Hilir Melaka secara keseluruhan. Ini merupakan menara jenis Gyro yang pertama di Malaysia dan menelan kos belanja RM24juta dan telah dibuka pada tahun 2008. Kalau korang perasan bentuk menara ini seperti keris dan ia berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari (mungkin sebab tu ia dinamakan Menara Taming Sari-Keris Laksamana Hang Tuah....dibina dengan kepakaran Switzerland).
Menara ini boleh memuatkan 66 orang dalam satu-satu masa...Harga tiket masuk taklah mahal sangat kalau anda pemegang MyKad akan diberikan diskaun 50%...Harga biasa ialah dewasa RM20, kanak2 Rm10 dan warga emas RM17...Menara ni berputar dalam tempoh 7 minit dan bolehlah korang posing sakan dengan latarbelakang Selat Melaka dan Bandar Hilir Melaka...Sebelum tu kita orang singgah di tempat jualan souvenir aku sempat membeli dodol melaka untuk dibawa pulang sebagai buah tangan...
Dah penat explore peninggalan sejarah Melaka ni, masa untuk mengisi perut pulak. Di Mahkota Parade (biggest shopping mall in Melaka) ni ada satu tempat Seleria Food Court Tingkat 2 yang menghidangkan Char Kuey Tiaw yang memang sedap...aku siap tapau satu bungkus untuk dibawa balik ke hotel... Thats a wrap for the day...esok dah nak berangkat balik ke JB for another exciting journey of hardcore travellers...
Recommended try order Kuey Tiaw kat sini |
No comments:
Post a Comment