!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 12 April 2013

Universal Studio Singapore

Assalammualaikum...

Akhirnya tercapai hasrat aku kali kedua nak ke Singapura. Tujuan utama aku adalah untuk ke Universal Studio Singapore (USS)..hurmmm kali pertama pegi dulu tahun 2010 tak silap aku...time tu banyak lagi permainan belum siap sepenuhnya..




Okey kali ini aku jelajah Singapura bersama dengan dua lagi member aku yang baru pertama kali jejak negara yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Temasek. So kita org ambik dalam bentuk pakej iaitu tinggal di New York Hotel JB+Tiket Masuk USS seorang dalam RM280. Hotel New York tu nanti aku cerita macam mana rupanya... Blog aku kali ni more on USS... Okey seawal pagi kami packing dan check out dari New York Hotel kerana bas ke USS pick up pukul 830 am...Last time aku pegi aku ambik direct flight dari Kuching tapi sekarang aku nak merasa merasa perjalanan darat menyeberang Johor Bahru ke Spore...



Untuk ke seberang tambak ada 2 check point imigresen yang perlu dilalui sebelum masuk ke Singapura iaitu Kompleks Imigresen JB dan Kompleks Imigresen Woodlands. Kami bertolak pada hari Sabtu jadi pemeriksaan imigresen mengambil masa agak lama sebab ramai orang berhujung minggu di Spore...Since aku travel backpack barang-barang aku hanya campak2 jer dalam beg...mungkin sebab barang2 aku dalam bagpack tu messy sangat...jadi nampak mencurigakan (heyhhh jangan fikir bukan2 aku tak pernah seludup barang2 haram)... well what to do aku follow the procedures...satu persatu barang2 aku pegawai tu check...kejamkan kalau korek2 bag aku nampaklah semua seluar bip dan sebagainya huhuhuhu.... Aku passenger paling last naik bas sementara 2 org kawan aku dah dalam bas...

Perjalanan ke USS memberi aku peluang melihat sendiri negara Spore yang memang dikenali dengan negara yang bersih...Bangunan pencakar langit tak payah cerita memang mendongak nak melihat ketinggiannya...Okey kita org sampai di USS lebih kurang jam 1030 am...masa sejam tadi banyak habis di Imigresen Woodlands...yelah orang ramai kannnn...

Sampai di USS perkara pertama yang dicarik dahulu ialah locker...ini memang memudahkan bagi yang bawak bag2 ke USS...sebab kalau heret bag ke dlm USS memang beratlah nak menapak dalam USS tu nanti... Ada dua bilik locker yang disediakan iaitu di luar USS dan dalam USS... Locker kecik $S10 manakala yg besar S$20 kadar ni untuk sehari...waktu tu dalam kepala aku memang buat calculation betul2 kalau melibatkan $S yelah 2 kali ganda duit kita...My advise kalau beg korang tak banyak bolehlah ambik  locker paling besar dan sharing ngan kekawan... Locker sini fully protected with our password...So korang boleh enjoy di USS...







Memang panjang barisan orang beli tiket masuk ke USS baru pukul 10 lebih...nasib baik kitaorg beli pakej so terus ke pintu masuk dan tunjukkan tiket and we are in...(korang boleh beli tiket online untuk elakkan beratur panjang...

Bila masuk pastikan korang ambil map dan jadual beberapa persembahan yang diadakan dalam USS...Ada 7 zon dalam USS ni... iaitu Zon New York, Zon Hollywood, Zon Sci-Fi City, Zon Ancient Egypt, Zon The Lost World dan Zon Madagascar... Kat dalam ni korang boleh tengok dan bergambar dengan kartun2 yang cute...Termasuklah juga watak Marilyn Monroe... Malangnya hari tu lebih kurang jam 1 ketika kami nak mencuba Jurrassic Park Ride hujan sudah mencurah-curah...berebut2 membeli poncho untuk cover dari basah...Poncho $S3...huhuhuhu imagine in RM...really damaging my wallet...


Dalam hujan2 tu kitaorang ambik kesempatan untuk mencuba indoor games Revenge of The Mummy...yang ni memang really bring adrenalin rush...walaupun dalam gelap roller coasternya boleh membuatkan korang rasa nak terhumban keluar huhuhuhu...Kalau sesiapa yang ada duit extra tu bolehlah membeli gambar aksi ketakutan korang dalam roller coaster tu dengan harga $S20...

Rugi kalau tak cuba semua permainan dalam USS yelah kita dah bayar $S74 (convert RM current exchange rate 2.515  = RM 186...mammpuuu). Kalau korang lapar jangan risau banyak makanan halal dalam USS tapi harganya memang tip-top... Untuk jimat korang boleh beli botol air yang ada mcm2 rupa tu harga lingkungan dalam $S12-$S25...Sebab apa aku kata jimat korang boleh refill soft drink dengan membayar $S2 kat mana2 kiosk yang ada jual air dalam tu...atau nak jimat lagi isi jer dgn air sejuk kat mana2 mesin drink water dispenser... Apa2 pun keseronokan dalam USS memang berbaloi dengan harga yang dibayar...




Sebelum meninggalkan USS bolehlah beli souvenir kat kedai2 souvenir USS ni...jangan risau kalau tak sempat beli kat dalam korang boleh juga beli di kiosk yang berada di luar USS...Pengalaman kali kedua ni memang berbaloi...Tak sedar jam dah hampir pukul 6pm...dan masa kami untuk ke hotel dan bermalam di Spore...


Apa2 pun memang fun sepanjang berada di USS ni lets picture tell u the stories.......















#tips ke USS from JB dari Larkin Terminal korang pergi ke ke platform paling hujung di Larkin terminal JB ada SBS Transit no 170 ( tulis Queen St atau MRT Kranji)... pilih bas menuju ke Kranji MRT... dari MRT Kranji carik MRT menuju ke Harbor Front dan pegi ke bus stop di luar Vivo City dengan bayaran $S2 menaiki bas RWS8 menuju ke Resort World Sentosa..........

3 comments: