!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 19 May 2013

Filem: Mencari Cinta...Tiada Orang Yang Sempurna Sehingga Dia Mula Jatuh Cinta

Assalammualaikum...





MENCARI CINTA aku nonton di kat DVD jer yer... Aku membeli DVD sebab terbaca sinopsisnya yang hampir2 menyerupai novel yang pernah aku baca 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Walaupun filem ni pernah menerima kritikan kerana kontroversi babak lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish yang daring di ranjang.

Sinopsis cerita :
Permulaan cerita Razlan (Rusdi Ramli) menerima berita pertunangannya telah dibatalkan dan Myra (Nora Danish) telah ditinggalkan oleh bakal suaminya Malik pada saat akhir hari pernikahan. Kiranya Myra dan Razlan berkongsi takdir yang sama. Demi menjaga maruah keluarga Tan Sri Johan (Mahmud Ali Basha) terpaksa meneruskan pernikahan tersebut. Tan Sri Johan meminta pertolongan Ramlah (Maimon Mutalib) yang juga isteri arwah abang angkatnya iaitu ibu Razlan. Myra disatukan dengan Razlan atas kehendak keluarga. Keegoan Myra dilembutkan dengan sifat lelaki  penyayang oleh  Razlan walaupun menyedari Myra masih tidak dapat menerimanya sebagai suami.


Review aku :
Mulanya aku sangkakan filem hampir sama dengan novel 7 Hari Mencintaiku. Jalan cerita yang hampir sama cuma novel 7 Hari Mencintaiku banyak lagi konfliknya (siapa yang baca mesti tahu frankly say aku 2 kali baca novel ni huhuhuhu). Filem ni mengangkat tema percintaan selepas perkahwinan. Ego seorang wanita menerima cinta seorang lelaki yang tidak disukainya menjadikan jalan cerita ni menarik. Kesabaran Razlan meraih cinta Myra kerana mencari keserasian dan cinta yang tiada dalam hati Myra.Lakonan Rusdi Ramli memang tidak boleh disangkal dengan kredibilitinya sebagai pelakon digandingkan dengan Nora Danish yang turut berlakon dengan cemerlang. Tapi aku lebih prefer watak Nora Danish dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Konflik cerita dalam filem ni berlaku dengan pantas dan sukar ditafsirkan perkara yang terjadi. Kehadiran Milah (Fauziah Gous) dan Malik (Riezman Khuzaimi) menagih kembali cinta mungkin agak longgar dan kurang berkembang. Kisah cinta dengan kekasih lama sangat ringkas dan tidak nampak ancaman menjadi "pembunuh" cinta yang mula hadir antara Myra dan Razlan.



Cuma agak sedikit kurang sesuai seolah-olah kemesraan Razlan dan Myra hanya digambarkan di atas ranjang dan ini menyebabkan filem ini mendapat kontroversi hangat. Babak Rusdi Ramli membuka baju 3-4 kali rasanya tak perlu kot dan kurang relevan dengan jalan cerita yang sepatutnya kemesraan Razlan dan Myra bukan hanya disuntik dengan menonjolkan aksi mesra suami isteri di atas ranjang. Jadi aku rasa filem ni lebih menonjolkan elemen erotik dari romantisnya hubungan suami isteri yang melalui percintaan selepas pernikahan. Ending filem ni... hati ku berkata.... Itu sajer ker endingnya??


OST-Mencari Cinta


Rating aku 3/5



No comments:

Post a Comment