Assalammualaikum wbt…
Dalam seminggu dua ni aku banyak habiskan masa dengan baca
novel, sebenarnya banyak novel yang aku beli tapi masih terperap berbungkus kat
rak buku. Sibuk kerja dengan travelling sana-sini. Since ada masa free ni aku
pun baru jer habiskan baca novel Kekasih Halal. Catchy tajuk dia kan. Lagipun
aku beli sebab tertarik dengan sinopsis kat belakang novel ni
Sinopsis (Dari Belakang Novel):
Lutfa Shirin Mawar. Seorang
gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahanny dengan berfikir
dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang
pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya
sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk
dia bergelar seorang isteri.
“Mama awak kata, kalau awak nak keluar dengan saya, maknanya
awak setuju nak tunang dengan saya. Cuti semester nanti, kita kahwin.”
Lutfa memanglah tak nak Feroz. Tapi seperti yang orang kata…
tak kenal maka tak cinta, tak mengerti maknanya sebuah cinta, maka ta adalah
pulak rasa saying. Membina rumah tangga atas dasar tuntutan keluarga membuatkan
Lutfa jatuh cinta kepada suami sendiri. Cuma Lutfa tidak membuka mulut
memberitahu dia sudah berkahwin. Orang bertanya pun, dia senyum. Kan dah letak
status Married kat Facebook tu!
Jadi bila orang lain Nampak Lutfa bersama Feroz (suami
Lutfalah tu!), tanggapan mereka adalah Lutfa bercinta sahaja dengan Feroz.
Kadang ada ke sana ke sini bersama. Bila ada Nampak Lutfa tidur rumah Feroz,
mulalah kata Lutfa perempuan begitu , perempuan begini. Lutfa pula bukan
jenisnya buka mulut bercerita. Sebab kawan Lutfa dah jadi tukang cerita. Lutfa
dan Feroz kekasih halal! Suami isteri! Tapi kalau orang dah tak percaya…
Sungguh ! Lutfa mencintai suami yang begitu penyayang, yang
menepati semua ciri-ciri lelaki yang dia pernah idam-idamkan. Namun ada satu
perkara yang dia tidak tahu.
Kecurangan si suami dalam dia tidak sedar!
Juga ada lelaki lain yang menyimpan rasa hati untuknya.
Siapa Johan dalam hatinya?
Review Aku:
Okey pertama kali aku membaca karya Orkid Edyliyne (OE)
tajuknya Tuan Rumah Pembantu Rumah.
Secara jujur; maafkan saya yer OE, aku memang tak dapat layan novel tu. Dua tiga bab aku dah bosan jadi aku biarkan
novel tu tanpa penghujung bacaan. Berbanding dengan Kekasih Halal ni ada
tarikan bagi aku untuk terus membaca dari satu bab ke satu bab. Walaupun sekarang banyak novel dengan idea
yang tipikal kahwin paksa, kahwin tanpa rasa cinta, kahwin itu dan kahwin ini…(berapa
banyak kahwin daaa…). Penceritaannya berbeza bagi aku dan ada kejutan yang
memang aku tak jangka.
Lutfa sebagai seorang anak yang patuh dengan ibu bapanya
telah berkahwin dengan anak kawan Mamanya. Hatinya memang memberontak yelah
umur baru 20 tahun dah disuruh kahwin, dah tu tengah menyambung pelajaran.
Kebetulan pulak suaminya ni student medik final year di Universiti yang sama.
Sorok macam mana pun statusnya sebagai isteri orang, akhirnya diketahui
jugaklah oleh teman-teman rapatnya. Feroz samalah jugak dengan si Lutfa ni
berkahwin atas kehendak ibu bapanya. Dia terpaksa akur dan tidak membantah.
Lutfa dan Feroz masih meneruskan
pembelajaran seperti biasa. Perkahwinan yang diatur keluarga ni ambil masa
jugak untuk mengenali hati budi masing-masing. Feroz dengan sifat seorang suami
yang romantik tetap melayan Lutfa walaupun Lutfa tidak dapat menerimanya
sebagai suami.
Sekeras-keras hati seorang perempuan akhirnya Lutfa ni menerima
cinta kekasih halalnya, iaitu Feroz. Okey.. tengah-tengah diorang bahagia ni memang akan muncul watak jahat yang nak memusnahkan kebahagiaan
diorang ni. Irin! Siapa Irin, dialah kekasih si Feroz ni sebenarnya.
Lutfa menyedari dia tertipu dengan lakonan Feroz yang
menyayangi dengan penuh romantis. Rahsia terbongkar apabila Lutfa terjumpa
thumb drive yang menyimpan seribu satu rahsia hubungan antara Irin dan Feroz.
Waktu ni Lutfa dah berbadan dua. Sebelum ni memang Lutfa ada suspek ada sesuatu
yang tak betul antara Feroz dan Irin ni, tapi Feroz berjaya meyakinkan Lutfa
mempercayainya. Tapi rahsia dalam thumb drive tu telah membuat Lutfa hilang
kepercayaan terhadap Feroz.
Kebenciaan Lutfa sebenarnya adalah kemenangan kepada Irin
dan Feroz. Feroz tetap meneruskan tanggugjawabnya sebagai suami kerana dia
mempunyai motif terhadap Lutfa. Sampai satu ketika Feroz menyedari Lutfa adalah
jodohnya dan KEKASIH HALAL untuknya.
So agaknya macam mana ending cerita ni? Mesti korang tertanya-tanya
apa isi kandungan dalam thumb drive tu kan? Apa sebenarnya motif Feroz berkahwin dengan Lutfa? Bila kepercayaan Lutfa dikhianati
berjayakah Feroz menawan semula hati Lutfa
setelah menyedari jodohnya sebenar adalah Lutfa. Korang akan terkejut
apabila ada kisah-kisah silam yang sebenarnya berkait rapat dengan jalan cerita
ni. Siapa pula Irin yang dikenali Feroz semasa zaman kanak-kanaknya?
Kalau korang baca novel ni pastikan korang fokus, jangan
gopoh-gapah sangat nak abiskan. Sebab ada plot-plot dalam novel ni banyak
mengimbas kembali memori silam. Tapi masih tak mengganggu jalan cerita. Yelah
aku sendiri tengah khayal baca novel ni tetiba pulak ada flashback cerita lain
huhuhu… Tapi masih dapat diselamatkan oleh teknik penceritaan penulis yang memang
tip top.
Novel ni setebal 610 mukasurat terbitan Fajar Pakeer. Harga
Sem: RM24 S/S: RM27. Since aku ni member Popular Bookstores kebetulan hari tu
ada diskaun 20% so dapatlah murah. Bagi sesiapa yang belum baca novel ni
dapatkan segera kat kedai-kedai buku memang aku highly recommend buat peminat
novel tegar.
MS KMK GIK SINGLE DOLOK NANG RAJIN MACA NOVEL..NEKTOK DH HILANG DH HOBI YA..^_^
ReplyDeleteKmk sejak kerja tok jarang2 juak baca novel kekadang beli tapi masih dalam packaging gik..ada yang beli di KL last year pun lom abis baca...tapi tok memang minat kmk sejak dari sekolah gik huhuhuhu
ReplyDeleteboleh jadi sponsorship tak ? http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/07/pencarian-sponsor-hanya-8-hari.html *amat perlukan novel :)
ReplyDeleteterima kasih atas review-nye... OE ambil link untuk letak dekat blog OE ye... hehe... ^^
ReplyDeleteSy setuju dgn ur opinion psl TRPR...but I still read d whole thg la kan..tp byk yg sy skip coz mungkin sesuai utk remaja la kot..sbb mcm kebudak2an la sgt..rase mcm xngam la character sorg sbg doctor n d other one chef kt hotel..
ReplyDeleteApapun..KH mematangkan penulisan OE..kudos to her!