!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 6 September 2013

MEMANJAKAN DIRI DI THAI SPA SIBU

Assalammualaikum...

Tak jawab dosa hehehe..Korang apa khabar? 2-3 minggu aku sibuk sikit dengan travel, naik kapal terbang dah macam naik bas ulang-alik Sibu Kuching jer sebenarnya... Isnin ni berangkat lagi ke Kuching... Badan pun naik sengal-sengal... Stewardess pun dah kenal dah muka aku ni huhuhu... Ni pun aku sampai Sibu terus buat rawatan Spa... memang perlu sekali-sekala mendapatkan rawatan Spa.. Sekarang ni bukan perempuan sahaja nak buat rawatan Spa...Lelaki pun perlu jugak sekali-sekala..

Lounge Menunggu
Letih kerja sepanjang minggu? Tak salah sekali sekala kiranya luangkan sikit masa dan wang ringgit untuk merehatkan diri dan memanjakan diri di Spa... Ni aku nak promo sikit Spa yang aku selalu pergi kalau ke Sibu... Kiranya dalam sebulan sekali memang aku akan buat rawatan Spa..Itu pun tengoklah kalau tak busy dengan kerja...

Hiasan Pokok Buluh 


Aku memilih Thai Spa ni sebab tempatnya pun letak di bandar tengah-tengah bandar Sibu.. Kalau datang Sibu nak cari senang jer, Spa ni terletak di seberang RH Hotel dan bersebelahan dengan Hong Leong Bank.. Terapis kat sini mendapat latihan daripada pusat-pusat latihan urutan dari Indonesia dan Thailand... Terapis adalah terdiri dari perempuan dan lelaki...Rawatan kat sini pun ada macam-macam, rawatannya meliputi dari hujung rambut sampai hujung kaki... Harga kalau dibandingkan dengan pusat rawatan Spa yang lain di Sibu, aku rasa yang ni paling murah serendah RM30...bergantung dengan jenis rawatan...

Bilik Rawatan
Tempatnya memang menenangkan bila masuk, tersedia ruangan menunggu untuk pelanggan dan tv untuk tontonan... Kadang-kadang aku buat rawatan refleksologi dan kalau lenguh satu badan aku akan buat rawatan urutan seluruh badan...Biasanya aku ambik Rawatan Spa seluruh badan... bermula dengan scrub, sauna, dan selepas itu urutan terapi... Scrub ni penting untuk membuang segala sel-sel mati seluruh badan kiranya menyental apa yang melekat kat badan tu...lepas tu Sauna pulak akan membantu membuang segala toksin dalam badan diikuti dengan urutan terapi untuk melegakan segala urat saraf selepas penat bekerja..

Selepas rawatan korang akan dihidangkan dengan minuman dengan pilihan teh bunga, barli dan teh herba...Bila dah buat rawatan memang badan akan ringan semula...jangan salah sangka terapis aku pilih adalah lelaki...yelah mana boleh perempuan urut lelaki kan...bahaya tu hehehehe...

Hujung minggu biasanya tempat ni penuh jadi kena buat booking awal takut kena tunggu lama pulak... Nak booking bolehlah hubungi no ni...itu pun kalau korang di Sibu 084-334040...

Minuman Barli

12 comments:

  1. wah..bestnyer..tentu hilang lenguh2 badan tu...

    ReplyDelete
  2. Best lerrr. Kmk mok juak ehh. Tunggu balit Sibu kelak. Hihii

    ReplyDelete
  3. wahh..seronoknya..BW sini and follow...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Nor asal Sibu :). Tak pernah lagi gi SPA. hehe. Yup lelaki pun dah pandai jaga penampilan sekarang. Lelaki metroseksual, hoho kalah kamek tok :).

    ReplyDelete
  5. Wasalam tuan tanah.. Best jugak dapat berspa ye. tak penah cuba lagi. Ingat pompuan je yang boleh g spa ni. Tapi betul juga, sesekali ape salahnye nak manjakan diri kan. anyway salam kenal dari Dunia Farel. Nice blog!

    ReplyDelete
  6. wah..bez eh!
    kmk ria tek pun tringin juak mok berurut
    tp masalhnya tmpt berurut ya byk org cina
    lalu x jd berurut
    kat refleksologi di mukah ya 2 kali mek berurut
    bez....

    done isi tabung Nuffnang adhie kat sitok...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  7. waalaikummussalam.. aiza jawab salam adhie (selalu jawab dalam hati je).. memang elok sesekali merehatkan diri dengan elakukan rawatan sebegini.. selain dapat release stress, kita juga dapat menyegarkan tubuh badan.. badan pun perlu direhat, dibelai dan dimanjakan juga..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi buat spa. Mesti seronokkan.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam Adhie, hehehehehehe amboi laaa intro kenen nampak kekekekeee, tapikan serius is tak pernha masuk lagi mana-mana spa nanti nak try lah masuk sebab Adhie kata leh rileks. hehehehe

    Jejak IskandarX 3.0 iskandarx.com

    ReplyDelete
  10. wah..hbtnya bro..hrga pn murah tu..bila la leh g sibu gk..

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pergi spa...sesekali kena relax kat spa....hihi

    ReplyDelete