Assalammualaikum..
Hari ketiga di Sabah aku bakal
meninggalkan Kundasang dalam kenangan… Memang tak dapat lupalah tempat cantik
dan tenang kat tempat.. Awal pagi dah aku menikmati hidangan sarapan pagi yang
disediakan oleh pihak resort.. Ramai jugak orang pagi tu sampaikan berkongsi
meja.. Takperlah leh gak kenal-kenalan hehehe… Aku target nak check out dalam
pukul 11.00 pagi… Aku arrange transport
dengan pihak resort untuk menghantar aku ke Pekan Kundasang… Sempat jugak
membeli travelling kit bag ni kat rak souvenir Celyn Resort untuk kenangan…harga RM15.00
Sampai kat Pekan Kundasang lebih
kurang jam 11.20 pagi… Aku mintak driver tu turunkan aku kat pasar buah-buahan
dan sayuran sebab aku nak beli buah strawberry panggang dan buah cinta yang sodap tu… Cuaca memang sejuk
dengan angin pagi yang kuat…Lama-lama duduk sini memang boleh demam gak ni
kalau tak biasa…
Aku mencari buah cinta sebenarnya ni huhuhu |
Habis membeli-belah aku pegi ke perhentian bas mini untuk menuju ke
Kundasang, ada satu jer bas mini nasib baik..Tu pun masih menunggu bas penuh… Cuaca
pun Alhamdulillah tak hujan jadi perancangan perjalanan tak terganggu… Menuju
ke Pekan Ranau lebih kurang 20 minit dari Pekan Kundasang..Agak padat jugak
bila berhimpit dalam bas mini ni…Tambang ke Ranau RM4.00
Tempat Menunggu Bas Mini Pekan Kundasang ke Ranau |
Sedang Menunggu Bas Mini Penuh |
Sampai kat Pekan Ranau aku
berjalan seketika kat area-area sekitar Ranau ni, kalau dilihat lebih kurang
macam Serian di Kuching… Aku tak ambik masa lama untuk berjalan sekitar Pekan
Ranau jadi aku terus berjalan menuju ke Pusat Perhentian Bas Ranau-Kota
Kinabalu…Kat area ni ada beberapa jenis pengangkutan untuk ke Kota Kinabalu
untuk korang pilih bas mini (van), unser dan taxi… Caj yang dikenakan berbeza…
Aku pilih bas mini…Tambang ke KK RM15.00..
\RANAU |
PERHENTIAN RANAU - KINABALU (OPERASI 730 PAGI - 5.30 PTG) |
Sepanjang perjalanan aku ambik
kesempatan untuk tidur, singgah kat Tamparuli sempat ambik gambar jambatan
gantung Tamparuli yang famous tu…Tapi hanya dari dalam bas, perjalanan Ranau ke
KK 2 ½ jam…Sebab banyak singgah menghantar penumpang…Bas Mini betul-betul
berhenti dekat Padang Merdeka, jadi senanglah aku berjalan kaki ke hotel yang
aku telah tempah kat booking.com Hotel Traveller..masih kat area Kampung Air
lagipun senang aku nak berjalan sekitar bandaraya KK ni semuanya berdekatan dengan hotel..Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran, Pasa Malam Kampung Air dan pusat
membeli-belah Centrepoint.. Check in bilik, aku tidur dan rehat sekejap…Penat
weiii huhuhu….
Jambatan Tamparuli |
Ralat:
Bagi yang nak tinggal di Celyn Resort, caj ke Pekan Kundasang RM40 bukannya RM20, sebab masa aku naik dari Pekan Kundasang ke Celyn Resort nak check in tu RM20 sahaja huhuhu...ada beza plak harganya bila aku chek-out...Caj resort ni mungkin agak mahal dan RM40 tu adalah harga untuk seorang one way....*Pitam kejap*....Caj ke Ranau sahaja seorang RM80.00...Nak bajet naik bas mini macam aku, tapi kena turun Pekan Kundasang dulu..Tak nak naik transport diorang dari Resort ke Pekan Kundasang...boleh golek-golekkan diri turun ke kaki bukit hehehe...
Bestnya..tp sgt pnat kan?sya pnh jgk ke tamparuli..tp x berkesempatan amik gmbr jmbatan tu..tgk yg adhie post ni jela..tq adhie..sharing info2 menarik sepnjang perjalanan
ReplyDeletePergi sorang-sorang ke?? Tak mendaki gunung Kinabalu ke?? best sangat kalau dapat mendaki gunung tu.. Pemandangan yang indah tak dapat digambarkan lagi..
ReplyDeleteseronok seronok seronok, rasa teringin pula nak pergi...best juga kalau jadi backpacker ni kan??? heee...
ReplyDeletehmmm..bestla adhie...bila nak singgah tawau lak?
ReplyDeleteSaya belum pernah lagi terbang ke Sabah dan Sarawak. Mesti banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
ReplyDeleterasa teringin nak ke Kundasang, tengok tempatnya memang menarik ....sejuk jer...
ReplyDeleteAdhie bjln ke adhie ad keje ni?cntik tmpt..nk sourviner gk....hihiji
ReplyDelete