!TEMAN-TEMAN BLOG!

Thursday, 23 October 2014

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL, KUCHING SARAWAK

Assalammualaikum...

Lama dah tak update blog ni... Bukan apa sibuk dengan kerja travel sana-sini rasa tak terlarat nak menjenguk blog yang dah bersawang.. Hari ni rasa nak review satu hotel kat Kuching yang recently memang selalu place aku stay bila travel ke Kuching untuk urusan kerja... Kalau yang rasa memang nak datang Kuching Sarawak dan mencari hotel yang bertaraf 5 bintang dengan layanan first class bolehlah stay hotel ni... Kalau yang bekerja Government tu ada special rate (murah dari harga normal)..kalau tak boleh check rate kat Agoda atau Booking.Com..Since aku keja gomen... so dapatlah rate murah yang berbaloi-baloi... Bolehlah hubungi pihak reservation untuk mengetahui harga bilik  Riverside Majestic 

Keistimewaan lain bilik ni ialah korang boleh request bantal yang lembut dengan haruman aromaterapi... Memang lena lah tido hehehe
PERMANDANGAN DARI BILIK HOTEL   BERHADAPAN SUNGAI SARAWAK...

DAPAT BILIK MACAM NI RASA TAK NAK BANGUN-BANGUN

Breakfast memang sedap kat sini, layanan staff pun sangat tip top (5 Stars punya layanan) hehehe... Breakfast kat sini menu utama akan bertukar setiap hari.. Hari ni nasi lemak, esok nasi tomato, lusa nasi minyak... So kenyanglah makan hidangan melayu setiap hari... Ada rendang daging, ayam masak kari dan pelbagai lagi... Bukan itu sahaja hidangan barat yang nak feeling mat salleh kerat-kerat roti tu pun banyak... Pelbagai jenis cheese turut menjadi hidangan...

SEMUA COMPLETE AIR MINUMAN, ALARM CLOCK, KALAU RASA LAPAR BOLEH CALL ROOM SERVICE PESAN MAKANAN (TAPI HARGA SEDIKIT MAHAL)
FEELING OMPUTEH KEJAP MAKAN SALAD JER-CAFE MAJESTIC BREAKFAST (KONON...)
 

Sekitar hotel ni tak payah risau bila mencari makanan pada waktu malam... Sepanjang waterfront terdapat beberapa kiosk menghidangkan makanan tempatan untuk korang menjamu selera (harga agak mahal sikit pilihan atas selera korang)... Kalau korang ingin sesuatu kelainan bolehlah menaiki perahu tambang untuk menyeberang (tambang RM1.00 seorang one way)... Tempat makan ni dikenali sebagai Tebingan Permaidani Boyan-Gersik-Sourabaya... Semua ada dari Mi Kolok, Nasi Ayam Penyet, Sate dan paling famous Sotong Tutok (Sotong Ketuk..eh betul ker aku translate ni).. Kalau nak seafood boleh try Top Spot bersebelahan dengan bangunan Standard Chartered.. (sekarang bangunan tu diubahsuai jadi UTC).. Top Spot Seafood tu kat level paling atas... (cari kedai nama ABC Topspot memang berbaloi)...

FAMOUS SEAFOOD CENTER- TOPSPOT SEAFOOD (RECOMMENDED ABC SEAFOOD)



PERCAYA ATAU TIDAK SEMUA HIDANGAN NI HANYA RM158.00 SAHAJA TAK TERMASUK MINUMAN (PIC KURANG JELAS)
YANG NI AMBAL FAVORITE AKU NI
OYSTER PANCAKE MUST TRY ALSO HEHEHE

SIAKAP 3 RASA...NAMPAK JER KURANG MENARIK KAN KAN TAPI LICIN NI AKU BEDALL HEHEHE

Kira kalau stay hotel ni persekitaran memang strategik.. Nak dapatkan teksi pun mudah.. Bagi yang kaki jalan bolehlah ambik angin di tebingan waterfront sambil menikmati permandangan terutamanya bangunan Dewan Undangan Negeri... Kalau ke Kuching tak sah kalau tak beli kek lapis kan kan kan... Kat seberang waterfront tu ada beberapa pengusaha kek lapis seperti Mira Kek House, Dayang Salhah, Afifi dan banyak lagi...  Rambang mata kalau nak memilih kek ni... Ikan terubok masin pun ada juga...

KEK LAPIS KEK LAPIS!!!!

MACAM2 DAH NAMA KEK LAPIS SEKARANG HEEHEHE

PERMANDANGAN WAKTU MALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI

4 comments:

  1. Harga pun mesti cantik utel tuh... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau govt rate murah dari published rate...

      Delete
  2. bantal yg lembut dgn bauan aroma terapi...wow itu lah yg sy dok cari2 hehehe ;p
    nnti sy pegi sy cari adhie jer lah

    ReplyDelete