Assalammualaikum...
Akhirnya aku dipindahkan kembali ke Kuching... setelah 3 tahun di Mukah di bahagian perladangan.. Banyak benda yang aku pelajari dalam masa 3 tahun... Kembali ke Kuching aku di tempatkan di bahagian lain pulak iaitu bahagian Pengurusan Sumber Manusia... Tugasan baru buat aku...Banzaiii
Ni baru dalam boot kereta...belum yang kat seat depan dan belakang...tak sanggup nak ambik pic |
Pindah keluar barang dari bilik macam pindah dari rumah |
2 hari yang lepas aku sibuk mengosongkan bilik aku di Mukah, yelah stay kuarters jadi kena kosongkan bagi peluang orang lain pulak... Banyak jugak barang aku macam pindah satu rumah... Angkut dari Mukah bawa balik ke Sibu... Sebahagian lagi akan dibawa ke Kuching untuk keperluan aku di sana...
Hiburan dalam Asia Star Bus |
Hari Ahad tengah malam aku dah standby nak bertolak ke Kuching, memang sengaja ambik bas sebab barang pun banyak nak dipunggah ke Kuching... Bas double decker... Tidur memang tak lenalah perjalanan dari Sibu ke Kuching ambik masa 7 jam... Alhamdulillah perjalanan lancar dan sampai di Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi... Sampai jer kat Kuching Sentral terus bawak barang-barang dan gerak ke pejabat aku yang terletak kat Satok...Lupa nak cerita..aku beli tiket online memang murah dari beli kat kaunter Bus Asia...Harga biasa RM60.00.. tapi kalau online hanya RM48.00 diskaun RM12.00... murahkan... siap ada TV kat seat lagi tu...(bas malam jer pun mata mengantuk lah weii hehehe)... Nak beli tiket ni boleh klik link BusAsia kat dalam tu korang boleh beli tiket untuk perjalanan dalam Sarawak...
Asia Star bas selamat sampai di Kuching |
Biasalah 1st day kerja memang belum banyak benda nak dibuat... so aku dok melepak kat pejabat...huhuhu...
No comments:
Post a Comment