!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday 12 November 2019

TRIP SOLO DARI KL SENTRAL - PADANG BESAR - HATYAI - BANGKOK

Part 1 - KL Sentral ke Padang Besar

Lama dah bersawang blog aku ni hehehe... Nak update perjalanan solo aku dari Kl Sentral - Padang Besar - Hatyai dan Bangkok. Impian yang dah lama aku simpan untuk merasai pengalaman menaiki ETS dan keretapi.

Perjalanan solo pertama kali menaiki ETS. Menuju ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai. Berada di Hatyai selama dua hari. Nak merasa naik ETS. Almaklum, ETS dah lama beroperasi tapi tak berpeluang lagi nak mencuba.

Lepas Hatyai, baru ke Bangkok menaiki keretapi bertemu rakan-rakan backpacker di sana. Insya Allah kalau tiada halangan, turut menjelajah Phra Nakhon Si Ayutthaya atau lebih dikenal dengan Ayutthaya yang menyimpan berbagai peninggalan sejarah kota terbesar kedua dari kerajaan Siam.




Menempuh perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar yang bertolak seawal jam 7.12 pagi dan dijangka sampai jam 1.00 petang perut mesti lapar. Kalau tiada bawa bekal jangan risau dalam ETS ini ada cafe.


Imej mungkin mengandungi: makanan


Harga kira standard serendah RM7.00 ada Nasi Lemak Pak Roslan, Nasi Tomato Ayam Masak Merah, Mi Goreng, Lasagna dan beberapa lagi hidangan ringan. Oleh kerana tempat duduk aku satu coach dengan cafe ini, iaitu Coach C mudah untuk aku bergerak membeli makanan.


Kemudahan lain:- 

Setiap tempat duduk ada disediakan soket yang terletak bawah tempat duduk. Manalah tahu nak caj handphone atau nak guna laptop. Tetapi perlu membongkok sedikit jika hendak menggunakannya.


Imej mungkin mengandungi: kasut

Pastikan minta izin orang sebelah kalian dulu, nanti salah faham pula. Manalah tahu sebelah kalian seorang awek yang berskirt pendek, tak pasal-pasal kena pelangkung ketika kalian terbongkok-bongkok nak pasang plug peralatan elektronik kalian.
.
Kalau yang datang berkeluarga tu boleh pilih kerusi yang berdepan (face to face) kerana ada meja. Senang kalau nak makan, tambahan pula meja di cafe ETS adalah terhad. Ini antara pilihan kerusi yang berdepan.

COACH A - kerusi 14&15
COACH B - kerusi 13&14
COACH C - kerusi 10&11
COACH D - kerusi 1&2
COACH E - kerusi 13&14
COACH F - kerusi 14&15

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan minum


Tiada penerangan foto disediakan.

Tiket ETS aku beli online dengan tambang sehala RM76 (Gold Class). Biasanya tiket ETS memang cepat habis terutama hujung minggu dan musim perayaan. Beli online untuk elakkan kehabisan tiket. Pautan untuk pembelian tiket: https://www.ktmb.com.my/BookingJourney.html

Surau juga turut disediakan, dan tandas yang bersih dan selesa.

Imej mungkin mengandungi: dalaman





Bersambung Part 2 - Padang Besar ke Hatyai

No comments:

Post a Comment