!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 15 December 2019

EJEN ALI THE MOVIE : MISI NEO

Ejen Ali The Movie: Misi Neo
.
Semalam berkesempatan menonton dengan dua orang anak buah aku dan heret emak ayah aku sekali hehehe... untuk menonton filem animasi Ejen Ali The Movie: Misi Neo. Panggung memang penuh.
.
Siapa kata filem animasi hanya untuk kanak-kanak. Filem ini akan mengubah persepsi kita kerana ada mesej yang cuba disampaikan iaitu tentang ketidakadilan sosial.
.
Ia mewujudkan kumpulan yang menentang penindasan yang tinggal di sebuah penempatan bernama Pinggiran. Mereka ditindas kerana penguasa (Cyberaya) yang mengejar kemajuan teknologi dan pembangunan.
.
Sememangnya niat tidak menghalalkan cara. Sehingga pembangunan tidak punya rasa peduli terhadap rakyatnya. Rakyat mana yang tidak mahu kemajuan jika masih ada yang disisihkan.
.
Kesetiaan Ejen Ali terhadap agensinya iaitu M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency) turut diuji apabila timbul rasa empatinya untuk membantu penduduk Pinggiran. Di sinilah persoalan akan timbul siapa yang jahat siapa yang baik?
.
Siapa belum menonton animasi Ejen Ali The Movie pergilah menonton. Aku pun terjebak juga dengan animasi ni. Jalan cerita dan babak aksi memang padu. Ini adalah animasi yang boleh dibanggakan selepas kejayaan Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal.
.
Aku sendiri pun tidak pernah mengikuti siri ini. Siapa tidak bangga filem animasi yang boleh dianggap sama taraf dengan animasi negara luar dan aku berani bagi rating 9/10.
.
Selepas tamat cerita jangan keluar dulu ada dua babak kredit di penghujungnya.


1 comment:

  1. Assalammualaikum..


    Salam Blogwalking puasa.
    Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete