!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 15 August 2021

Aku Yang Ketagih Drama Korea The Penthouse

Jarang aku mempunyai masa terluang untuk menonton drama Korea kecuali drama itu betul-betul menarik minat aku. Baru-baru ini aku baru sahaja siap marathon Season 1 hingga Season , dan semalam usai menonton Episod 10 Season 3. Sepertinya aku tak berganjak dari duduk untuk mengetahui dari satu plot ke satu plot drama yang sedang trending ini.

The Penthouse. Dari Season 1 hingga ke penghujung Season 2, drama Korea ini akan buat kalian ketagih untuk menontonnya. Drama yang sudah masuk ke musim ketiga ini penuh dengan plot twist. Pengorbanan ibu-ibu yang ingin melihat kejayaan anak-anak mereka meraih kejayaan di Cheong Ah Art School. Dendam yang tiada berkesudahan.

Season 1 (21 Episod).Kematian Min Seol A di Hera Palace setinggi 100 tingkat, kehidupan penghuni di kediaman elit tersebut menjadi huru-hara. Drama ini terus bermain dengan teka-teki sehingga kalian bakal dikejutkan siapa pembunuh sebenar Min Seol A. Penghujung Season 1 kalian akan dipertontonkan dengan satu lagi pembunuhan, si mati merupakan salah seorang penghuni Hera Palace yang membuat kalian tak sabar untuk melanjutkan tontonan ke Season 2. Siapa? Kena tengok sendiri tak nak jadi spoiler.

Season 2 (13 Episod) permulaan episod sahaja sudah buat kalian tak tenang jiwa. Bae Ro Na mati. Siapa pula pembunuhnya? Untuk mengetahuinya kalian kena ikuti sehingga penghujung Season 2. Kemunculan kembar Shim Su Ryeon, Na Ae Gyo merungkai pula misteri kematian Shim Su Ryeon. Satu lagi kejutan dan juga kesudahan nasib pembunuh termasuk mereka yang bersubahat menutup kes kematian Min Seol A terjawab pada penghujung siri ini. Siapa pula yang mati di penghujung siri ni? Lanjut ke Season 3 hehehe.

Season 3 (Belum diketahui berapa Episod). Apa pula konflik dan plot twistnya. Kalau kalian perasan pada penghujung siri Season 2 pedang samurai difokuskan. Ya ini ada kaitan dengan kisah silam Joo Dan Tae dan kemunculan beberapa watak baru. Makin banyak plot tidak dijangka.

Entahlah bila nak habis drama The Penthouse ni. Selagi Joo Dan Tae belum gone forever. Makin banyak watak jahat dan juga musuh Joo Dan Tae. Khabarnya Season 3 ini akan berkesudahan sehingga 14 Episod. Bertabahlah menonton.


Gambar Ihsan Google


No comments:

Post a Comment