GAMBAR RAYA JUGAK RUMAH ARWAH NENEK SEBELAH IBU - KAMPUNG HILIR SIBU |
GAMBAR RAYA DULU-DULU (TAK INGAT BERAPA UMUR AKU NI) KAMPUNG BANDUNG, SIBU (RUMAH ARWAH NENEK SEBELAH AYAH) |
YANG TINGGI TU AKU HEHEHE SKEMA JER SEBELAH TU ADIK AKU.. MASA NI AKU DAH BERPINDAH SEKOLAH DI KL (UMUR 12 TAHUN) |
Belek-belek album lama dalam komputer aku ni.. terjumpa koleksi gambar masa zaman aku masih kecik... heheeh...ni memang gambar lama yang aku scan dan simpan dalam komputer untuk koleksi peribadi...Hari ni aku tayang kat korang.. cerita pasal zaman aku kecik-kecik dulu aku rasa takderlah sangat kenangan manis sangat.. Sebagai seorang anak lelaki sulung aku ni dah terdidik untuk berdikari dan belajar apa itu kesusahan... Bila ingat balik rupanya masa kecik dulu aku pernah jadi bisnesmen hahaha...
Ayah aku seorang anggota polis dan tahap disiplin memang kaw-kaw, sebab itu aku tidak dimanjakan sangat.. Budak-budak sekarang kalau aku tengok mintak itu ini semua mak ayah bagi... Aku kalau nak kan sesuatu aku kena usaha sendiri, macam mana? aku kutip botol kicap untuk dijual... Time tu botol kicap kalau 1 botol 1 sen harga pasaran time tu di Sibu, kalau dapat genggam seringgit memang Pakcik Kayo....Biasanya aku jual kat kedai runcit kampung...Sehari kadang-kadang dapatlah 20 sen..kalau pesaing tak ramai dapatlah banyak botol kosong hehehe..kerja part time ni aku buat pada hujung minggu atau bila takde sekolah agama petang... Pegi sekolah hanya dibekalkan 50 sen itu pun dibahagi untuk sekolah pagi dan sekolah agama pada waktu petang..
Bila ayah aku transfer ke KL, kami sekeluarga ikut sekali... Ayah aku kira dapat naik pangkatlah.. Tapi ayah dan ibu aku tidak mahu kami adik beradik biasa dimewahkan... Dah terbiasa dengan kesusahan, bersekolah di KL pun masih dibekalkan 50 sen, kat KL tak tau pulak area mana nak carik income sampingan.. Secara tak sengaja aku kenal seorang makcik yang jual nasi lemak ni, tiap pagi sampai ke sekolah aku akan ke rumah flat yang bersebelahan ambik nasi lemak dari makcik ni dan tiap kali sebelum kelas bermula aku akan berjalan dari satu kelas ke kelas jual nasi lemak.. Bangunan sekolah ada 2 jadi kelas pun tak banyak time tu.. Aku hanya dapat upah 10 sen untuk setiap nasi lemak yang aku jual...Habis sekolah aku akan bagi hasil jualan kat makcik tu dan terima upah.. kadang-kadang dapatlah banyak...kadang-kadang sikit...
Biasanya duit yang aku dapat aku akan kumpul dan simpan untuk beli bahan bacaan seperti majalah Dewan Pelajar sebab aku suka baca cerpen kat dalam tu..Aku tak tahu mana dah pergi semua koleksi majalah Dewan Pelajar aku tu sebab asyik pindah sana-sini, kalau dapat kumpul upah banyak dapatlah beli buku cerita sebab aku ni memang suka membaca... Bila teringat balik kisah tu aku akan senyum sorang, sebab sampai sekarang ayah aku tak tahu bisnes gelap aku tu hehehehe..
Bila lihat budak-budak sekarang, sanggup tak diorang mencari botol-botol kosong di ceruk-ceruk tong sampah rumah orang... Usung beg plastik nasi lemak dari satu kelas ke satu kelas.. Mungkin sukar nak jumpa situasi macam tu pada zaman ni.. Sekarang ni budak-budak darjah 3 pun dah pandai pegang I-Pad...Aku dulu nak pegang kereta kawalan jauh tu pun memang susah... Cuma aku bersyukur aku tidaklah sampai tahap meminta sedekah....
menar ya..time ya satu sen putit pun agik berega...
ReplyDeleteOhh polis.. Patut laaa kitak ada rupa kedak polis juak. Rambut ya. Hihi. Yalatek, mun nangga miak nektok jauh beza ngan dolok marek. Kmk sik la sampei jual barang kedak ya, tapi nang sik mewah hidup. Semua ya disimpan k masa depan. Miak nektok ilek2 jak pegang gadget semua ya, mun zaman kita dolok apa handphone pun sik tauk. Haha. Rindu ehh ngan zaman dolok. Aman jak rasanya..
ReplyDeletehahaha...bapak kamek bekas polis kmk jak sik...yalah miak kinek tok gajet canggih2..dolok agik kecik hanya tauk main guli jak hehehe
Deleteklik jak cik akak huhuhu makaseh owh
ReplyDeletebagusnya adhie.. kesusahan mengajar kita untuk lebih tabah dan berdisiplin..
ReplyDeletep.s: comel juga adhie masa kecil2 dulu.. :D
alamak cakap sarawak kurang faham saya......hehe
ReplyDeletetapi kenangan lama tu sukar dipadam dalam ingatan kita.......so sweet.......
bagus entri macam nie tapi budak2 sekarang is tak tahu lah kalau dorang ada sifat macam nie, mungkin tadak kowt sebab zaman budak2 muda sekarang hidup senang lenang.
ReplyDeletesave22 satu
iskandarx[dot]com
Bijak tindakan Adhie dengan mengimbas gambar tersebut dan simpan dalam bentuk soft copy. Lebih tahan lama dan selamat.
ReplyDeletekmk dolok berjual g sekolah waktu gk sekolah rendah...hihi pernah 1 hari ya, ada biak langgar kmk, habis tumpah barang jualan kmk..nangis2 kmk..haha
ReplyDelete