!TEMAN-TEMAN BLOG!

Friday, 16 August 2013

TRADISI BERLANGGAR MEJA KAMPUNG IGAN



Assalammualaikum...

Korang pernah dengar tak Berlanggar Meja? Bagi yang sekitar bahagian Mukah Berlanggar Meja ni memang sudah biasa didengar dan uniknya Berlanggar Meja ni hanya dapat ditemui semasa bulan Syawal di Kampung Igan (kampung ayah aku) dan merupakan sebuah daerah kecil di bahagian Mukah Sarawak... Kampung ini adalah penempatan dan perkampungan orang Islam jadi kemeriahan tu memang jelas terasa setiap kali Syawal tiba...

Setiap tahun Berlanggar Meja ni akan diadakan di Igan..dan kalau korang nak tahu tradisi ni dah lebih 100 tahun dan macam tak lengkap kalau Kampung Igan ni tidak mengadakan Berlanggar Meja ni.. Okey okey aku dari tadi asyik sebut Berlanggar Meja... Apa benda tu?? Orang langgar meja ker... Rilek-rilek aku cerita satu-persatu yer...

Okey kat Kampung Igan ni terbahagi kepada beberapa kampung kecil seperti Kampung Skrang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru Dagang dan Kampung Baru Ismail. Berlanggar meja ni diadakan oleh setiap kampung dan jemputan akan diedarkan ke kampung yang lain..Bermula dari hari raya ketiga kampung-kampung ni akan bergilir mengadakan Majlis Berlanggar Meja..Penduduk-penduduk dari kampung yang lain akan hadir bersama-sama dengan ketua masing-masing dan bergerak ke tapak Majlis Berlanggar Meja


Kehadiran tetamu dari kampung lain akan disambut oleh penganjur majlis dengan pakaian baju melayu dan berbaju kurung sebagai tanda masih dalam suasana hari raya.. Menuju ke tapak majlis pihak penganjur akan menyediakan sebuah tabung khas..Dan setiap tetamu akan memberi sumbangan ikhlas di mana sumbangan ini akan digunakan untuk membayar penggunaan bil elektrik lampu raya yang dipasang sepanjang jalan kampung pada musim hari raya...

Kat tapak ni akan kelihatan meja yang disambung panjang disepanjang jalan atau di tanah lapang... Sebab itu ia dinamakan Berlanggar Meja... Kat meja ni dah tersedia hidangan yang disumbangkan oleh setiap rumah (setiap keluarga) di kampung tersebut dan mengikut kemampuan masing-masing... Jadi jangan hairan kalau korang hadir ke majlis ni di setiap meja ada hidangan yang berlainan..Dan setiap hidangan ni dipanggil seperah (1 seperah = hidangan 4 untuk orang)


Majlis akan dimulakan dengan doa dan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan ucapan Pengerusi AJK Penganjur Majlis. Ahli keluarga yang menyediakan juadah akan melayan setiap tetamu yang datang, bayangkanlah layanan yang diberi memang 1st Class tau, kalau panas terik tetamu akan dikipas dan dipayung tak kisahlah tetamu tu pangkat apa pun...semua dilayan sama rata seperti VIP..



Sambil menikmati hidangan, wakil-wakil dari kampung lain akan memberi ucapan balas dengan mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan menjemput pula seluruh penduduk kampung hadir ke majlis mereka pula pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.... Kira macam membalas kunjugan lah lebih kurang..


Itulah uniknya Majlis Berlanggar Meja yang di adakan di Igan ni, kalau tengok macam kenduri kahwin dah.. Masa nilah penduduk kampung akan berkumpul dan beramah-mesra sebab masa hari raya sahaja berjumpa bagi yang bekerja di kawasan bandar... Semoga tradisi ni akan diteruskan lagi hingga ke generasi akan datang...


14 comments:

  1. first time dengar tentang tradisi berlanggar meja ni, but thanks for sharing the info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sekadar perkongsian tradisi yang ada di bumi Sarawak ni

      Delete
  2. baru tahu....memang meriah yea....adat resam yang perlu dikekalkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. acara tradisi memang perlu dikekalkan...

      Delete
  3. seronoknya berlanggar meja ni..makanan pun nampak sedap siap ada anggur besar2...


    My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok bila sekampung berkumpul

      Delete
  4. hebatnyer..unik dan tersendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Igan sahaja rasanya ada tradisi ni...

      Delete
  5. bagusla.. kekal kn tradisi ni..smpai jenerasi yg baru..=D

    ReplyDelete
  6. wah bestnyer berlanggar meja terus leh dapat makan kan? hmm idea yang best nie.

    alaa mambang kuning ,menyorok pulak Adhie, is beli peta save22 satu lah

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  7. wah..bez aih..kmk slalu nak g igan tapi mesti ada jak hal tiap tahun...

    ReplyDelete
  8. Bestnya...pernah juga bermimpi ada tradisi mcm ni...tapi tak pernah cari wujud ke tidak...
    Huhu...
    Semoga tradisi tinggalan zaman berzaman ni diteruskan dan diwarisi oleh generasi akan datang...

    ReplyDelete
  9. menariknya.. pertama kali aiza dengar.. semoga tradisi ini dapat diteruskan kerana ianya merapatkan silraturrahim sesama jiran sekampung..

    ReplyDelete