!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday, 25 August 2013

KENALI RAMLEE AWANG MURSHID

KALI PERTAMA AKU BERTEMU RAM

Assalammualaikum...

Siapa kenal Ramlee Awang Murshid (RAM)... Mesti ramai yang kenal dengan novelis thriller no. 1 Malaysia.. Aku mula mengenali karya  RAM dan jatuh cinta dengan karyanya selepas membaca novel Bagaikan Puteri... Bagi aku membaca Bagaikan Puteri dan disambung dengan Sunan Musafir, ia adalah seperti membaca sebuah cerita yang penuh fakta yang menarik dan digabung dengan percintaan yang penuh mistik dalam sebuah karya novel berbahasa Melayu.

Memang menarik jalan cerita novel tu, dan novel tersebut telah menjadi rangkaian cerita dalam enam buah novel semuanya diakhiri dengan Sunan Musafir... Kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang memang menarik untuk dibaca bagi sukakan novel yang penuh saspens dan misteri.. Banyak jugak novel-novel lain yang ditulis oleh RAM yang penuh dengan unsur thriller sehinggakan dia dikenali sebagai novelis thriller no. 1 Malaysia... Bulan Oktober nanti RAM bakal menerbitkan karya terbarunya Magis..yang menggabungkan semua watak-watak yang pernah dia tulis...Saifudin, Tombiruo, Ryu-Watanabe, Mikhail dan Carlos disatukan dalam satu cerita novel... KLIK SINI

KENALI RAM :

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah penulis novel berunsur seram dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) (1986-2010).
Ramlee Awang Murshid dilahirkan di PaparSabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.  (Sumber Wikipedia)

ANTARA KOLEKSI DALAM SIMPANAN AKU

IGAUAN MAUT TERBITAN DBP 1995 DICETAK SEMULA
(MEMENANGI HADIAH SASTERA NEGERI SABAH 1994/1995)-  BARU BELI



KOLEKSI BARANGAN RAM 


6 comments:

  1. Novel Ramlee Awang Murshid memang best.. Balik pada zaman-zaman dahulu kala.. digabungkan dengan cerita moden..

    ReplyDelete
  2. wow ! best gile. *addicted !

    ReplyDelete
  3. wah...bestnya bh...wah wah wah

    ReplyDelete
  4. Ni peminat setia ni. Tahniah! Seronok dapat berjumpa penulis yang diminati kan.

    ReplyDelete
  5. Serius untung dapat jumpa depan-depan. Terbaik...

    ReplyDelete