!TEMAN-TEMAN BLOG!

Sunday 1 September 2013

CERITA SEBALIK PERAYAAN KUIH BULAN



Assalammualaikum

Sedar tak sedar kita dah memasuki bulan September..beberapa hari lagi Syawal akan berakhir bagi tahun 2013...Mengenali budaya masyarakat majmuk ni memberi aku ruang untuk mengenali lebih dekat kaum yang ada di Malaysia...Masa aku travel aku sempat membeli sekotak kuih bulan yang dijual di Starbucks.. Ada dua perisa yang berbeza.. Yang warna coklat tu Signature Chocolate Banana dan perang pulak Apricot Hazelnut Latte...

Okey mungkin korang pernah mendengar dan makan kuih bulan.. Perayaan yang disambut pada hari ke-15 pada bulan-8 kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Pada waktu ini bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini dan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Ada kisah disebalik kuih bulan ini iaitu penggulingan pemerintahan Mongol di China. Di dalam setiap kuih bulan diletakkan pesanan yang bertulis "hapusan mongol pada 15 hari bulan 8" dan diedarkan kepada rakyat jelata. Dan pada tarikh tersebut para pemberontak telah berjaya menggulingkan Dinasti Mongol dan tertubuhlah Dinasti Ming (1368-1644)  di bawah pimpinan Maharaja Zu.

(Sumber : Wikipedia)

'





19 comments:

  1. ingatkan masa CNY je ada kuih bulan..pcl baru tahu, patutla banyak nampak kuih bulan dijual...tq adhie.

    ReplyDelete
  2. dulu selalu juga makan kuih bulan tu..sekarang dh kurang..hihi..kat sini susah nak jumpa kuih tu..:)

    ReplyDelete
  3. sedap jugak ni...

    ReplyDelete
  4. hahaha...cik akak ng sik pernah cerik gik kuih tok...hihi...
    sik maok nak makan eh :)

    ReplyDelete
  5. Kuih bulan ni mahal kan.. Nak buatnya pun susah.. Tapi sedap.. Masa dok Matrik Penang dulu penah makan kuih ni apabila ada sambutan Tahun Baru Cina..

    ReplyDelete
  6. ohh baru tahu, suka jgk mkan :) nyum nyum yang perasa coklat

    ReplyDelete
  7. mama teringin nak makan, tapi takut... takut tak halal.. hihi

    ReplyDelete
  8. Berapa harganya ya, rasanya boleh tahan juga kan.

    ReplyDelete
  9. kmk slalu nangga kuih tok kat kedei
    mahal ada jak
    blom pernah gik cerik

    ReplyDelete
  10. saya makan kuih bulan yg saya beli di sebuah restoran cina muslim..mmg rasanya sedap dan 'lain'..:)

    ReplyDelete
  11. rupa-rupanya adikkisah di sebalik kuih bulan.. baru aiza tahu..

    ReplyDelete
  12. Kamek sik penah gik makan kuih towk. Teringin wak nak makan.

    ReplyDelete
  13. teringin nak makan..tak pernah makan..macam sedap je tu

    ReplyDelete
  14. nmpak sedap..mmg terasa nk cuba =) tp dulu kuih ni ada isu halal haram..sekrg rsanya dah ok..kalau ada peluang jumpa..mmg nk try

    ReplyDelete
  15. dulu takut nak makan kuih ni takut tak halal..pastu..ada satu tempat ni mmng comfom halal..dah tanya betul2..brula berani cuba..=D

    ReplyDelete
  16. dorang hantar plan kat warrior masing2 guna kuih bulan nie lah, arts of war.

    ReplyDelete
  17. ari jumaat baru ni dapatla merasa...tp tak sesedap dulu2x punya...len je mcm rasa yedah..hihihi

    ReplyDelete