!TEMAN-TEMAN BLOG!

Monday 30 September 2013

RANAU KE KOTA KINABALU

Assalammualaikum..

Hari ketiga di Sabah aku bakal meninggalkan Kundasang dalam kenangan… Memang tak dapat lupalah tempat cantik dan tenang kat tempat.. Awal pagi dah aku menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak resort.. Ramai jugak orang pagi tu sampaikan berkongsi meja.. Takperlah leh gak kenal-kenalan hehehe… Aku target nak check out dalam pukul  11.00 pagi… Aku arrange transport dengan pihak resort untuk menghantar aku ke Pekan Kundasang… Sempat jugak membeli travelling kit bag ni kat rak souvenir Celyn Resort untuk kenangan…harga RM15.00


Sampai kat Pekan Kundasang lebih kurang jam 11.20 pagi… Aku mintak driver tu turunkan aku kat pasar buah-buahan dan sayuran sebab aku nak beli buah strawberry panggang dan buah  cinta yang sodap tu… Cuaca memang sejuk dengan angin pagi yang kuat…Lama-lama duduk sini memang boleh demam gak ni kalau tak biasa…

Aku mencari buah cinta sebenarnya ni huhuhu

Habis membeli-belah aku pegi  ke perhentian bas mini untuk menuju ke Kundasang, ada satu jer bas mini nasib baik..Tu pun masih menunggu bas penuh… Cuaca pun Alhamdulillah tak hujan jadi perancangan perjalanan tak terganggu… Menuju ke Pekan Ranau lebih kurang 20 minit dari Pekan Kundasang..Agak padat jugak bila berhimpit dalam bas mini ni…Tambang ke Ranau RM4.00



Tempat Menunggu Bas Mini Pekan Kundasang ke Ranau

Sedang Menunggu Bas Mini Penuh
Sampai kat Pekan Ranau aku berjalan seketika kat area-area sekitar Ranau ni, kalau dilihat lebih kurang macam Serian di Kuching… Aku tak ambik masa lama untuk berjalan sekitar Pekan Ranau jadi aku terus berjalan menuju ke Pusat Perhentian Bas Ranau-Kota Kinabalu…Kat area ni ada beberapa jenis pengangkutan untuk ke Kota Kinabalu untuk korang pilih bas mini (van), unser dan taxi… Caj yang dikenakan berbeza… Aku pilih bas mini…Tambang ke KK RM15.00.. 
\RANAU

PERHENTIAN RANAU - KINABALU (OPERASI 730 PAGI - 5.30 PTG)

Sepanjang perjalanan aku ambik kesempatan untuk tidur, singgah kat Tamparuli sempat ambik gambar jambatan gantung Tamparuli yang famous tu…Tapi hanya dari dalam bas, perjalanan Ranau ke KK 2 ½ jam…Sebab banyak singgah menghantar penumpang…Bas Mini betul-betul berhenti dekat Padang Merdeka, jadi senanglah aku berjalan kaki ke hotel yang aku telah tempah kat booking.com Hotel Traveller..masih kat area Kampung Air lagipun senang aku nak berjalan sekitar bandaraya KK ni semuanya berdekatan dengan hotel..Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran, Pasa Malam Kampung Air dan pusat membeli-belah Centrepoint.. Check in bilik, aku tidur dan rehat sekejap…Penat weiii huhuhu….

Photo: Nilah jbatan tamparuli yg diorg selalu nyanyi tu...
Jambatan Tamparuli
Ralat:
Bagi yang nak tinggal di Celyn Resort, caj ke Pekan Kundasang RM40 bukannya RM20, sebab masa aku naik dari Pekan Kundasang ke Celyn Resort nak check in tu RM20 sahaja huhuhu...ada beza plak harganya bila aku chek-out...Caj resort ni mungkin agak mahal dan RM40 tu adalah harga untuk seorang one way....*Pitam kejap*....Caj ke Ranau sahaja seorang RM80.00...Nak bajet naik bas mini macam aku, tapi kena turun Pekan Kundasang dulu..Tak nak naik transport diorang dari Resort ke Pekan Kundasang...boleh golek-golekkan diri turun ke kaki bukit hehehe...



7 comments:

  1. Bestnya..tp sgt pnat kan?sya pnh jgk ke tamparuli..tp x berkesempatan amik gmbr jmbatan tu..tgk yg adhie post ni jela..tq adhie..sharing info2 menarik sepnjang perjalanan

    ReplyDelete
  2. Pergi sorang-sorang ke?? Tak mendaki gunung Kinabalu ke?? best sangat kalau dapat mendaki gunung tu.. Pemandangan yang indah tak dapat digambarkan lagi..

    ReplyDelete
  3. seronok seronok seronok, rasa teringin pula nak pergi...best juga kalau jadi backpacker ni kan??? heee...

    ReplyDelete
  4. hmmm..bestla adhie...bila nak singgah tawau lak?

    ReplyDelete
  5. Saya belum pernah lagi terbang ke Sabah dan Sarawak. Mesti banyak tempat menarik yang boleh dilawati.

    ReplyDelete
  6. rasa teringin nak ke Kundasang, tengok tempatnya memang menarik ....sejuk jer...

    ReplyDelete
  7. Adhie bjln ke adhie ad keje ni?cntik tmpt..nk sourviner gk....hihiji

    ReplyDelete