!TEMAN-TEMAN BLOG!

Tuesday, 6 August 2013

REVIEW : TELEMOVIE AUNGERAH DENDAM YANG TERINDAH


Assalammualaikum...

Korang dah menonton telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah? Telemovie ni hanya ditayangkan di Astro First menggandingkan sekali lagi Aaron Aziz dan Nadia Nissa.

Sinopsis :

Azman (Aaron) merupakan seorang anak yang terpinggir dari kasih sayang ibunya yang lebih mencurahkan kasih sayang kepada adiknya Aril (Amar). Azman terasa hati dan kekasihnya Izatul (Nadia Nissa) juga telah ditunangkan dengan adiknya Aril. Azman membawa dirinya ke Australia dan menyambung pelajarannya untuk membuktikan kepada ibunya yang dia juga boleh berjaya. Izatul mencari Azman di Australia kerana ibu dan adiknya yang lumpuh. Kepulangan Azman telah merungkai satu demi satu rahsia. Rahsia Aril? Rahsia pertunangan Izatul yang tidak dirancang?

Review Aku :

Telemovie yang sekali lagi menggandingkan Aaron Aziz dan Nadia Nissa selepas fenomena drama bersiri Adam dan Hawa. Apa yang eksklusifnya drama ini hanya ditayangkan di Astro First bukannya di panggung. Dengan durasi lebih kurang 2 jam korang akan dapat menyaksikan sekali lagi gandingan mantap Aaron dan Nadia yang telah memulakan tayangan pada 25 Julai 2013.

Korang jangan pulak expect telemovie sambungan kepada Adam dan Hawa ek... Sabar sebenarnya sambungan novel Adam dan Hawa bakal dipasarkan 25 Ogos nanti dengan tajuk novel Dekatnya Cinta... Bolehlah time tu korang terjah kedai buku nak tahu selanjutnya sambungan Adam dan Hawa tu... Dah dah berbalik pada telemovie ni tadi... Rasanya cerita ni berjalan agak cepat dengan kisah imbas semula zaman Azman dan Aril yang masih kecil dan hingga pemergian Azman ke Australia... Jalan cerita tergantung  pada penghujungnya mungkin ada sambungan...klise lah kan kalau cerita melayu tak sambung menyambung tak gempak...Apa yang menarik telemovie ni memaparkan konflik kekasih seorang abang yang dirampas oleh adiknya sendiri dan perasaan seorang anak yang terpinggir dari kasih sayang ibunya....

Sambungan Novel Adam dan Hawa

Skrip yang ditulis oleh Rozie Rashid dibawah arahan Mohd Feroz Kadir tiada apa yang menarik bagi aku hanya kerana bersandarkan kehebatan lakonan Aaron Aziz dan Nadia Nissa..Aku tak tau kenapa telemovie ni ditayangkan hanya eksklusif di Astro First..Agaknya sebab Aaron Aziz kot..Mungkin ini satu cara Astro meraih keuntungan dengan menayangkan telemovie ni Astro First...Secara jujur aku menonton telemovie ni dengan membeli DVD...hehehe..biasalah kalau dah tayang kat Astro First tu memang cepat dicetak terus ke DVD... Aku bagi 3 bintang jer untuk drama ni...Bolehlah korang nonton sambil anyam ketupat untuk raya tak lama lagi hehehe...


10 comments:

  1. laa.. astro first pulak. ermm..cerita nampak macam best ni.. kan kan..?

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah hehehe..tak sehebat Adam & Hawa :)

      Delete
  2. Replies
    1. Aiza dah keluar DVD pun telemovie ni hehehe

      Delete
  3. ohhh yeke ?? wahhh nak beli ka astro first tapi cm tak berbaloi.. thanks review dia ..bagusnya review nie lengkap dan padat

    ReplyDelete
  4. Alamak Aaron Aziz jadi hero bunga, is tak leh terima hak hak hak... tapi nanti lah order Astrofirst tengok telemovie nie.

    beli hotlink prepaid satu

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  5. Wahh..mcm best jerr...tapi kalau cerita meleret..bosan jg nie...Adam dan Hawa mmg best laaa....

    Selamat hari raya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira di samping keluarga tercinta. Maaf zahir dan batin. =)

    ReplyDelete
  7. Tak ada astro jadi tak dapatlah tengok.

    ReplyDelete
  8. ohhh...tak tgk citer nie....hehe

    ReplyDelete