!TEMAN-TEMAN BLOG!

Saturday 24 August 2013

MAGIS : KARYA TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID

GAMBAR SUMBER:FACEBOOK RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB (RAMFC)

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu... Dengar cerita Ramlee Awang Murshid akan menerbitkan novel terbarunya tang bakal berada di pasaran pada Oktober 2013.. Aku ni peminat semua hasil karya RAM ni.. mula meminatinya selepas membaca novel Bagaikan Puteri sehingga Sunan Musafir.. Okey nak tau sinopsisnya aku share kat korang :

Sinopsis:

Fenomena Halo telah mengheret 5 manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu  Syeikh Tauban - satu-satunya manusia penjaga masjid . Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak - pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

22 comments:

  1. dah lama tak baca novel.........hehe

    ReplyDelete
  2. wah..nak cari ni..kathy minat sangat karya RAM...

    ReplyDelete
  3. wahh...macam gabungkan kesemua watak novel yg dia tulis je...harus cari!

    ReplyDelete
  4. hihi...cik akak lepas nie nak cari minat dengan novel sebegini..hihihi

    ReplyDelete
  5. adeh...
    shark dh lama tgk buku RAM nie..
    tp x beli2 jugak..
    kne jugak bli satu nie..
    katanyer thriller nom 1 malaysia.
    mmg rugi ler kalu x bli ye.

    ReplyDelete
  6. fuh...mcm best...tapi skrg dah tak menyempat nak baca novel...huhu

    ReplyDelete
  7. siapa peminat novel..boleh baca...

    ReplyDelete
  8. Alamak novel fantasi versi Malayu? hmmmm I wonder nak kena tau gak isi kandungannya nie. Takper Oktober kan? is tunggu dia keluar.

    Who Am I? bukan ker tu tajuk cerita jackie chan?

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  9. Dah lama saya tak baca novel RAM. Novel terawalnya ada juga disimpan sebagai koleksi.

    ReplyDelete
  10. lamak da kmk sik baca novel...dolok sampey nangis2 baca..hehe

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
    2. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
    3. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
    4. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
    5. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
    6. Buku ni sekarang dah ada kat kedai2 buku... kalau nak order boleh pegi website Karangkraf..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete